Tuesday, December 29, 2009

BERKAT..SIHAT...AZAM TAHUN BARU

Roti telur (roti canai telur) dicicah dengan kuah dal memang antara makanan kegemaran Aiman. Setiap hujung minggu, boleh dikatakan kami sekeluarga akan bersarapan di kedai mamak untuk makan roti telur.

Namun, sempena kedatangan tahun baru 1431 ini, saya bertekad untuk bersarapan sama-sama di rumah. Saya bertekad untuk masak sendiri…:)
Jadi sebagai langkah pertama, hujung minggu baru ini saya telah mulakan projek membuat ROTI TELUR yang PERTAMA KALI dalam hidup saya…Demi kasih sayang saya terhadap suami dan anak-anak….:)

Setakat entry ini ditulis, sudah 5 kali saya buat roti canai ini. Alhamdulillah dari pertama kali hinggalah ke 4 kali, roti canai ini makin bertambah baik buatannya….Resepi roti canai telur ini saya ambil dari myresepi.com

Bagi sesiapa nak cuba, resepi kat bawah ini. Rupa-rupanya tidaklah sesusah mana nak buat roti canai ini sepertimana yang saya fikirkan selama ini….Cuba lar, rugi kalau tak cuba…

Resepi roti canai

550gm tepung gandum
250ml air suam
1 biji telur
3 sudu susu pekat
1 sudu marjerin
1 sudu garam

Cara-cara
1. Campurkan air, susu pekat, marjerin, telur dan garam, kacau rata
2. Kemudian campurkan bahan-bahan tadi ke dalam tepung gandum
3. Uli tepung selama 5 minit, kemudian rehatkan selama 10 minit. Pada uli kali pertama, kita akan dapati adunan agak melekat, jangan risau, jangan campurkan tambahan tepung kerana ini akan menyebabkan roti canai nanti akan jadi keras. (bagi sesiapa yang tidak tahu cara menguli, caranya macam kita membasuh baju cara manual, tolak dan tarik gitu-bab menguli, suami saya yang buat..hehe).
4. Ulang langkah 3 sebanyak 3 kali. Uli dan reha sebanyak 3 kali.
5. Bila sudah diulang uli sebanyak 3 kali, kita akan dapati adunan sudah tidak akan melekit di tangan lagi dan adunan lembut sekali. Jika dapati adunan lembik juga, tambahan tepung sebanyak 1-2 sudu boleh ditambah semasa uli kali kedua.
6. Bulat-bulatkan doh sebanyak 12 biji. Kemudian sapukan marjerin di atas doh yang telah dibulatkan.
7. Biarkan doh semalaman.
8. Apabila hendak dicanai, penyekkan doh sebesar tapak tangan
9. Boleh dicanai atau ditarik sahaja dan letakkan minyak masak sewaktu penyek dan tarik doh berkenaan (saya tarik sahaja, tak reti untuk tebar). kemudian pecahkan telur ke dalam adunan yang telah ditarik.
10. Kuali leper dipanaskan dan masak roti canai berkenaan
11. Siap untuk dimakan
12. bagi doh yangtidak dicanai, boleh disimpan selama seminggu.

Selamat mencuba….source:myresepi.com

Kebaikan makan di rumah versi ibuaiman…..

1. Berkat…Air tangan ibu. Boleh bentuk hati anak-anak supaya anak-anak mendengar kata dan tidak degil. Kadang-kadang saya terfikir juga tukang masak ini menjaga atau tidak sembahyang mereka? Sesungguhnya air tangan orang memasak boleh membentuk hati si pemakannya. Jadi, saya taknak hati anak-anak saya jadi keras sebab selalu makan kat kedai mamak ini. Nauzubillah…lagi satu, boleh buat suami makin sayang dekat kita gitu...:)

2. Bersih… Kadang-kadang terlintas juga di hati saya ini, mamak buat roti telur ni basuh atau tidak telurnya? Telur yang tidak di basuh bukan sahaja menyebabkan ianya tidak toyyiban(baik untuk dimakan) malahan boleh mendedahkan diri kepada jangkitan salmonella typhii (penyebab sakit thyphoid).

3. Sihat… Bahan-bahan yang disediakan oleh kita semestinya yang terbaik kita sediakan. Makan diluar sememangnya tidak sihat.

4. Jimat...Sememangnya amat jimat. Bayangkan dengan 550gm gandum boleh buat 12 keping roti canai. tepung sekilo baru berharga RM2+..kalau makan kat kedai mamak sekarang, sebiji roti telur harganya sudah rm1.70....memang tersangat lah jimat kan. Kalau tak larat nak makan banyak dan hari-hari makan roti canai, boleh sedekhakan pada jiran-jiran pula...pahala dapat lagi...alhamdulillah...

Saya dengan bangganya mengisytiharkan SELAMAT TINGGAL kepada kedai mamak....:)



3 comments:

AyahAiman said...

bagus3x. nanti nak suruh buat tosai lah pulaak

Unknown said...

cn,
wow... bagusnyaaa...
alel takleh buatt roti canai sbb tak reti buat kari.. hahahaha
btw,
alel pernah baca yg kalau kita makan telur yg tak dibasuh, tak kiralah masak ape pun, maknanya makanan kita dh terkena najis.. sbb kat kulit telur tu ada najis sama ada nampak atau tak...wallahua'lam...

ibuaiman said...

betul lar tu..

cn pun x buat kari pun, buat kuah dal pun tak brp nak jadi lagi, susah nak empuk lar kacang dal ni, atau cn buat tak kena cara, entah lar, kena menuntut ilmu lagi ni...roti telur ni panas-panas sedap dimakan begitu saja, aiman suka jer..cn n HB prnh mkn ngan kuaah sardin, madu n susu pekat dan kuah dal yg x brp jadi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...