Sunday, June 28, 2009

TUNAI TANGGUNGJAWAB

Rasa lega hati saya selepas prosedur itu selesai...Hari ini, Jumaat, 3 Rejab, aku selamat mengkhatankan anak perempuanku Aqilah di Klinik Fazliana...Alhamdulillah...Lega sebab satu kewajibanku sebagai ibu telah tertunai setelah lama tertangguh-tangguh...Aqilah pun cuma nangis sekejap aje...Bagus sayang..Kuat jugak anak ibu ni rupanya...:)

"Saya nak sunatkan baby saya ni"beritahu saya kepada kakitangan yang bertugas di klinik Fazliana. Kelihatan pesakit yang lain terpinga-pinga mendengar kata-kata saya...Di dalam hati saya, mereka ini tidak tahu ke baby perempuan pun kena bersunat?Mungkin mereka tidak diberi pendedahan agaknya kerana mereka semuanya nampaknya masih belum kahwin lagi.

Sebelum saya sunatkan baby saya ini pun saya pun tergolong dalam golongan yang ragu-ragu, apa hukumnya sunat baby perempuan, betul ke perlu dilakukan. Saya tidak mahu hanya mengikut sahaja amalan turun temurun tanpa mengetahui apakah sebenarnya hukum perbuatan itu. Saya tidak mahu mengikut sesuatu perkara bulat-bulat tanpa mengetahui baik buruknya perkara itu. Kalau hanya kerana adat melayu, saya rasa tidak perlu saya buat. Kalau baby lelaki memang semua maklum, wajib. Malahan dalam bidang perubatan pun terbukti berkhatan bagi bayi lelaki mempunyai implikasi yang baik. Bagi menghilangkan keraguan,saya pun bertanya-tanyalah kepada orang yang mungkin tahu hukum sebenar berkhatan bayi perempuan ini. Terima kasih kepada kawan baik saya Lela, dia emailkan hukum berkhatan bayi perempuan ini kepada saya yang beliau ambil dari website mindamadani, terima kasih Lela...


Hukum Khatan

Mengkhatannya.Berkhatan adalah satu amalan fitrah.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Amalan fitrah ada lima perkara:mencukur bulu ari-ari, berkhatan,mengunting misai,mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.Menurut para ulama hukum khatan ini adalah sunat bagi bayi lelaki dan merupakan kemuliaan bagi bayi perempuan.Walaupun begitu terdapat perbezaan ulama tentang hukumnya iaitu ada tiga pendapat:

i. Wajib khatan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.Ini merupakan pendapat Imam Ahmad,Ataa',Ibn Suraih, Rabiah, dan Awza'iy.

ii. Sunat muakkad bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.

iii. Wajib bagi kanak-kanak lelaki dan sunat bagi kanak-kanak perempuan iaitu pendapat setengah dari golongan ulama al-Syafieyyah.(Kitab Majmuk oleh Imam al-Nawawi,jil 1,hal 365 dan fathul Bari jil 10.hal 340)

Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan jamhur ulama yang mengatakan bahawa khatan adalah sunat muakkad bagi kanak-kanak perempuan.Mereka berdalilkan bahawa ia adalah "millah Abina Ibrahim"(mengikut jalan bapa kami nabi Ibrahim) yang telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya berkhatan.

Bagi kanak-kanak perempuan ,khatan ini dikenali sebagai "khifaadah" dalam bahasa Arab iaitu memotong sedikit dari sebahagian daging antara permukaan atas faraj.mengikut jamhur ulama ia merupakan kemuliaan bagi kaum wanita.Ini menolak dakwaan yang menyebutkan perkara tersebut merupakan amalan buruk. Rasulullulah SAW telah menyuruh serta menggalakkan kanak-kanak perempuan dikhatan dengan cara-cara tertentu dan jangan berlebihan semasa memotongnya sepertimana dilakukan oleh orang jahiliah.


Khatan zaman moden vs zaman dulu

Menurut suami saya, masa zaman dulu, zaman adik perempuan dia berkhatan, bidan menggunakan duri dari pokok limau purut sebagai alat untuk memotong (maklumat ini daripada ibu mertua saya). Pada zaman moden ini, doktor menggunakan jarum sebagai alat. Pada pendapat saya, penggunaan kedua-dua cara ini adalah baik kerana bagi mengelakkan berlebihan semasa memotong berbanding jika menggunakan pisau.

Itu sahaja buat kali ini. Semoga tiada lagi keraguan selepas ini untuk khatankan baby perempuan anda.

Semoga jumpa lagi.

Insya-Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...