Thursday, June 25, 2009

INDAHNYA ISLAM

"Abang baca dalam Reader Digest semalam, rupanya salah satu cara untuk kuruskan badan, kita kena makan perlahan-lahan"suami saya bercerita selepas kami habis bersarapan di gerai mamak pada hujung minggu. Saya menyampuk, "Memang tepat dengan saranan Rasulullah supaya kita kunyah makanan sebanyak 40 kali apabila makan." Memang betu, jika kita kaji, memang banyak hadis Rasulullah s.a.w yang mengajar kita untuk makan secara sihat. Banyak daripada hadis Rasulullah tersebut, para saintis barat yang bukan beragama ISLAM secara sengaja atau tidak sengaja menjalankan kajian dan mendapati sememangnya semuanya jika diamalkan dapat menghindarkan diri kita daripada pelbagai penyakit. Mungkin penemuan-penemuan ini boleh kita jadikan modal untuk berdakwah bahawa ISLAM adalah agama yang benar kerana Rasullah tidak pernah bersekolah malahan buta huruf namun bagaimana Baginda tahu mengetahui kesemua perkara ini? Tidak lain dan tidak bukan kerana semua percakapan/hadis Rasullah adalah daripada ALLAH s.w.t samada melalui wahyu iaitu Al-Quran dan juga melalui ilham yang disampaikan melalui hadis...

Antara hadis Rasullah yang bertepatan dengan amalan gaya hidup sihat

1. Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang.
Jika betul-betul diamalkan, saya pasti tiada lagi masalah obesiti akan berlaku menjurus kepada penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, kegagalan jantung.

2. Jangan makan makanan yang sangat panas menggelegak
Kajian mendapati bahawa, seseorang yang suka makan makanan yang panas menggelegak akan terdedah kepada sakit kanser esofagus dan juga kanser perut.

3. Jangan tiup makanan yang panas
Kajian sains mendapati apabila kita meniup makanan yang sedang panas, reaksi akan berlaku akan menyebabkan makanan tersebut menjadi berasid dan ianya tidak baik untuk perut

4. Kunyah makanan 40 kali
Secara logik, apabila kita kunyah makanan sehingga hancur, kita akan makan dengan lebih perlahan dan lebih menikmati makanan berbanding dengan jika kita makan dengan laju. Apabila keadaan ini berlaku, kajian sains mendapati, satu hormon akan dikeluarkan oleh bahagian otak apabila kita makan dengan perlahan iaitu endorphin. Hormon ini akan menyebabkan kita akan cepat merasa kenyang walaupun hanya makan sedikit.

5. Jangan minum arak
Arak jika diambil akan menyebabkan ketagihan. Pengambilan arak dengan kadar yang banyak akan mendedahkan kepada penyakit hati (hati menjadi keras, sirosis), penyakit jantung, penyakit pankreas.


Itu sahaja buat kali ini.

Semoga jumpa lagi. Insya-Allah

1 comment:

puteri said...

Agak segan nak bg pendapat krn saudari seorg dokter tp sya nak kogsi petua buat para ibu...sbnrnya, xsukar kekal langsing walaupun dah ramai anak. Nak tau rahsianya? hubungi sya di mamalin_08@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...