"Saya sanggup melakukan apa sahaja, asalkan isteri saya bahagia". Saya pasti semua isteri akan tersenyum jika mendengar suami mereka berkata demikian. Ye lah siapa lah tidak bahagia jika suami sangat cintakan diri kita kan...Dialog di atas saya petik dari drama CSI New York yang saya tonton baru-baru ini. Si suami yang melafazkan kata-kata itu sanggup melakukan PEMBUNUHAN semata-mata ingin membahagiakan isterinya yang terlalu inginkan ANAK!!!Memang tragis kisahnya kan....Si isteri terlalu tertekan kerana tidak dapat melahirkan anak. Permohonan mereka bagi mendapatkan anak angkat ditolak kerana masalah psikologi isteri....Dengan pertolongan seorang doktor (kawan lama si isteri) mereka berkenalan dengan seorang remaja yang mahu menggugurkan kandungan. Pasangan ini bersetuju untuk mengambil anak remaja itu setelah lahir lalu dia bersetuju untuk tidak menggugurkannya. Namun, apabila kandungannya makin membesar, perasaan kasih seorang ibu terhadap anak dalam kandungannya semakin bertambah lalu dia menolak untuk memberikan anaknya kepada pasangan terbabit. Pertelingkahan berlaku menyebabkan remaja tersebut terjatuh tangga dan terbunuh. Di waktu itu, si suami mengambil keputusan memotong perut remaja itu bagi MENGELUARKAN BAYI,NGERI!!!!
Fakta-fakta mengenai KESUBURAN....
1. Dengan kedatangan zaman millenium, kebanyakan kaum wanita mempunyai pendidikan tinggi, kahwin lambat dan berpengetahuan menggunakan ubat bagi mengelakkan diri dari mengandung. Pasangan suami isteri biasanya mahu memastikan ekonomi mereka berada dalam keadaan kukuh, baru membuat keputusan untuk mempunyai anak. Ini berbeza dengan zaman dahulu, kebanyakan wanita telah berkahwin pada usia 20-an dan kemudiannya mempunyai anak.
2. Hakikatnya adalah, apabilan usia bertambah, kesuburan wanita akan berkurang dan kemungkinan berlaku keguguran apabila mengandung semakin meningkat.
3. Apabila pasangan cuba untuk mendapatkan anak, apa yang terlintas di fikiran mereka adalah mereka perlu melakukan aktiviti sexual intercourse mereka dengan kerap, langkah ini adalah SALAH sama sekali. Mengadakan hubungan yang terlampau kerap akan menyebabkan pasangan akan hilang minat, penat dan bimbang. Satu kajian telah dijalankan mendapati pasangan yang terlampau kerap melakukan hubungan, air mani lelaki akan berkurangan kepekatan, peratusan sperma yang normal berkurangan, kelajuan sperma juga berkurangan. Mengikut kajian perubatan, hubungan kelamin adalah baik jika diadakan 2 kali seminggu akan mengurangkan stress dan kemungkinan untuk mengandung adalah tinggi (sama seperti sabda Rasulullah). Jika ianya tidak berjaya pasangan hendaklah menjalankan pemeriksaan sebab-sebab ketidaksuburan berlaku.
4. Bilakah pasangan perlu melakukan pemeriksaan kesuburan?
Bagi pasangan yang berumur kurang daripada 35 tahun, apabila mereka telah berkahwin dan melakukan hubungan kelamin selama SETAHUN tanpa mengamalkan sebarang perancang kehamilan, tetapi masih tidak berjaya mendapatkan anak, mereka perlu menjalani pemeriksaan lanjut.
Bagi pasangan berumur lebih 35 tahun, setelah menjalankan hubungan kelamin selama 6 bulan tanpa sebarang perancang kehamilan, perlu menjalankan pemeriksaan lanjut.
5. Antara punca-punca ketidaksuburan:
(a) unexplained infertility (tidak diketahui punca) - 10%
(b) masalah pada tiub atau rahim - 35 %
(c) masalah pada ovari - 15%
(d) masalah lelaki - 35%, oleh itu semasa pemeriksaan kesuburan, pihak lelaki amat perlu hadir,analisis air mani adalah antara perkara utama yang perlu dilakukan
(e) unusual problem seperti pengambilan ubat-ubatan yang memberi kesan kepada kesuburan, masalah kesihatan- 5%,
**antara ubat yang biasa diambil dan MENGGANGGU proses ovulasi adalah ubat tahan sakit( NSAIDS ) seperti Ponstan
6. Rawatan bagi unexplained infertility
(a) Tiada rawatan diperlukan
(b) IUI (Intrauterine Insemination)
Sesuai bagi pesakit yang masih muda. Lebih efektif jika digabungkan dengan clomiphene citrate (ubat subur).
(c) Clomiphene Citrate
Ubat subur ini diambil pada hari ke 5 hingga ke 9 kitaran haid. Boleh dicuba tidak lebih daripada 2 hingga 4 kali. Terdedah kepada kandungan kembar dua, tiga, emapat. Namun kandungan kembar tiga ke atas adalah sangat jarang-jarang berlaku.
(d) Clomiphene Citrate dan IUI
Kombinasi ini meningkatkan mengandung berbanding pengambilan ubat subur sahaja.
(e) Hormone (FSH, Gonadotropin, Gonadotropin-Releasing Hormone)
Hormon-hormon ini disuntik bagi merangsang ovulasi.
(f) Gonadotropin dengan atau tanpa IUI
Cara ini mempunyai peratusan yang paling tinggi kadar mengandung berbanding cara -cara di atas.
7. Mengubah cara hidup boleh meningkatkan kesuburan (positive effect). Antara langkah-langkah bagi mengubah cara hidup adalah:
(a) Mengurangkan berat badan
(b) Berhenti merokok
(c) Berhenti minum alkohol
(d) Kurangkan pengambilan kafein
(e) Ambil supplement folic acid
(f) Hindarkan ubat-ubatan herba
(g) Hindarkan ubat-ubat diet
(h) Hindarkan commercial lubricant (mungkin toxic kepada sperma)
Itu sahaja buat kali ini.
Semoga dapat menjadi panduan yang berguna bagi mereka yang dalam usaha untuk mendapatkan anak. Pesanan terakhir adalah jangan STRESS tetapi perlu ambil langkah yang sepatutnya dengan berjumpa dan berbincang dengan pakar sakit puan anda. Jangan lupa berdoa dan terus BERDOA kepada ALLAH semoga dikurniakan rezeki anak kepada anda...Doktor hanya dapat membantu tetapi yang berkuasa hanya ALLAH s.w.t.
Semoga jumpa lagi.
Insya-Allah
1 comment:
betul ke ponstan blh mengganggu kesuburan?
Post a Comment