Sudah pelbagai cara digunakan oleh suamiku untuk menangkap tikus yang masuk ke dalam rumah tapi tidak berhasil. Daripada penggunaan perangkap sangkar, gam dan juga jerat yang dalam cerita tom and jerry pun masih tidak mengena. Sangkar tertutup, umpan dimakan tetapi tikus tetap tidak berjaya ditangkap. Tidak taulah di mana silapnya. Memang sakit hati dibuatnya terutamanya suami saya yang bertindak sebagai pemburu tikus. Bau tikus ini Masya-Allah terlampaulah busuk. Maklumlah tikus tak pernah mandi...hehe...Baju-baju yang aku lipat pun tidak dapat dimasukkan ke dalam almari kerana risau nanti tikus melepas atau kencing atas baju-baju ini. Lagi satu, tikus ini memang suka masuk ke dalam bilik.
Pagi-pagi hari Isnin, seperti biasa pagi-pagi begini banyak perkara yang harus diselesaikan oleh saya. Bila masuk aje kat bilik pakaian, Masya-Allah busuknya bau tikus. Saya meminta suami mengalihkan sangkar dari bawah katil tersebut kerana saya rasa sangkar tersebut punca bau tikus jadi amat kuat. "Alhamdulillah, jerat terkena rupanya"suami saya kegirangan. Pagi itu juga suamiku menyelesaikan masalah tikus ini, tikus ini terpaksa dimatikan dengan cara melemaskannya di dalam air bagi mengelakkan ia masuk lagi ke dalam rumah kami lagi dan mengundang masalah bukan sahaja masalah BUSUK tapi juga masalah kesihatan.
Leptospirosis
Leptospirosis merupakan satu penyakit berpunca daripada air kencing tikus. Pesakit yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai tanda-tanda seperti demam denggi juga iaitu demam tinggi, sakit otot dan sakit kepala. Perbezaan di antara demam denggi dan leptospirosis adalah pesakit akan mengalami jaundice (kekuningan pada mata dan kulit). Komplikasi yang paling teruk yang boleh didapati oleh pesakit adalah jangkitan pada selaput otak (meningitis).
Oleh itu, sebagai ibubapa kita hendaklah memastikan rumah kita selamat daripada tikus supaya keluarga kita selamat daripada penyakit berbahaya ini.
Itu sahaja buat kali ini.
Jumpa lagi.
Insya-Allah
-Ibu Aiman-
4 comments:
Tikus-tikus, mengapa lah ko cari rumah ibuaiman, ko ingat rumah ibuaiman tuh hotel. Alhamdulillah dapat jugak korbankan tikus tu. Jadi rumah kena lah bersih selalu kalau tak nanti cik/bang tikus akan melawat.
betul3x....:)
Wahhh...rajinnya menulis...bagus2..teruskan usaha...
niat cn semoga ianya boleh dijadikan panduan dan manfaat untuk orang yang membaca..:)
Post a Comment