Hari ini saya tidak dapat membawa Aqilah ke taman permainan seperti biasa kerana keadaan berJERUBU yang agak teruk pada hari ini (11/6/09). Menangis Aqilah waktu dalam kereta, tidak puas hati, kerana sudah menjadi kebiasaan baginya untuk berjalan-jalan di taman permainan pada waktu petang. Sebagai langkah penyelesaian, saya membawanya ke JUSCO. Jabatan Alam Sekitar melaporkan tahap kualiti udara di seluruh negara pada 11 Jun 2009 adalah di antara 51-100 iaitu tahap sederhana.
Teringat semasa bekerja di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Ketika musim jerebu yang teruk kalau tidak silap pada tahun 2005, pesakit yang menerima kesan yang paling teruk adalah pesakit ASTHMA. Pada waktu itu, tempat pesakit asthma (lebih kurang 20 tempat duduk) menerima nebulizer sentiasa penuh, dibanjiri pesakit asthma, kadang-kadang tidak cukup tempat...Bilangan pesakit yang datang mengadu sakit tekak dan demam juga bertambah di Jabatan Pesakit Luar.
Alhamdulillah sejak semalam 12 Jun dan hari ini juga hujan turun dengan lebatnya...Maka kualiti udara telah bertambah baik. Maka hujung minggu ini tidak risau untuk berjalan-jalan...
Langkah yang perlu diambil semasa musim JEREBU
1. Elakkan aktiviti di kawasan terbuka seperti taman permainan, kolam renang, padang golf kerana kualiti udara yang tidak sihat ini akan menyebabkan iritasi (sakit) pada tekak dan mata. Kalau ingin juga membawa anak-anak berjalan lebih baik dibawa ke tempat yang tertutup seperti pusat membeli belah.
2. Bagi penunggang motorsikal terutama bagi mereka yang mengidap penyakit asthma, digalakkan memakai topeng muka (mask), lagi baik jika menggunakan mask N95, tetapi harganya lebih mahal, boleh didapati di farmasi
3. Minum air masak dengan banyak bagi mengelakkan sakit tekak
4. Bagi pesakit asthma, jika sudah terdapat simptom seperti sakit tekak dan batuk, sebelum keadaan bertambah teruk, tuan/puan boleh mengunakan inhaler salbutamol/ventolin (warna biru) setiap 4-6 jam.
1 comment:
Alhamdulillah jerebu dah tak der sekarang ni, kalau tak tekak gatal-gatal jer
Post a Comment