Sunday, June 7, 2009

H1N1

1 Jun 2009, saya dikehendaki bertugas di Bilik Gerakan CPRC (Crisis Preparedness Response Centre) di Blok E10, Kementerian Kesihatan Malaysia bermula jam 8 pagi hingga 9.00 malam berikutan wabak H1N1 yang melanda seluruh negara pada masa kini. Dah lama saya tak on-call sejak bekerja di Ibu pejabat KKM. Mmmm...saya tak dapat balik tengahari macam biasa untuk menyusukan Aqilah dan siapkan bubur untuk dia. Hari ni, terpaksalah Aqilah minum susu formula dan makan bubur yang siap dijual untuk Aqilah makan(saya belikan bubur keluaran Heinz perisa yogurt stawberry). Saya bertawakkal kepada Allah sahaja, moga-moga Aqilah ok.

Tugasan saya di Bilik Gerakan adalah mengumpulkan data pesakit yang dinotifikasikan oleh hospital yang bertindak sebagai pusat bagi H1N1 di seluruh negara. Semasa saya bertugas, terdapat 58 negara telah confirm ada kes H1N1 di negara mereka. Antara negara yang saya ingat ialah Thailand, Singapura, Hongkong, Taiwan, China, Australia, UK, USA dan juga negara Malaysia. Australia mencatatkan [eningkatan yang mendadak dalam masa 2-3 hari sebelum saya bertugas.

Daripada jam 8 pagi, hingga 9 malam, 16 kes telah dinotifikasikan. Banyak kes dinotifikasikan kali ini mungkin disebabkan sekarang musim cuti sekolah, banyak orang melancong ke luar negara. Throat swab daripada kes yang disyaki akan diambil dan dihantar ke IMR untuk menjalani ujikaji. Terdapat 5 sekeluarga daripada Australia antara yang disyaki. Mereka ke Pulau Redang dan ke pasar malam di Kuching. Saya berdoa agar keputusan ujikaji mereka negatif kerana jika positif kemungkinan akan melibatkan populasi lebih besar kerana mereka ke pulau dan juga pasar malam.

Habis bertugas pukul 9 malam, saya pulang ke rumah. Sayu hati, bila sampai ke rumah tengok anak-anak sudah tidur. Aqilah tidur di riba ayahnya. Saya bertanya suami, dah makan ke belum. Suami dan Aiman belum makan rupanya, suami tidak sempat membeli makanan kerana bergegas balik mengambil anak jam 6.30 petang. Aiman tidur dalam kelaparan, kesian...Malam itu, saya dan suami hanya makan maggi...Aqilah pula tidak banyak minum susu formula. Malam itu saya juga saya pam susu yang sudah bengkak. Esok, pagi-pagi sudah kena keluar untuk sambung bertugas di bilik Gerakan.

Pagi di bilik Gerakan, alhamdulillah semua kes yang dinotifikasi adalah negatif termasuk 5 sekeluarga daripada Australia.

Apakah Throat Swab

Throat Swab adalah doktor akan mencalit sebahagian sel di bahagian tekak bagi tujuan ujikaji.


Nasihat berkenaan H1N1

1. Pada masa kini, H1N1 telah menjadi wabak, oleh itu dinasihatkan tidak keluar negara jika tidak sihat.

2. Tidak digalakkan melancong ke negara positif H1N1 terutama bagi kanak-kanak kerana imuniti badan mereka masih tidak kuat.

3. Jika terpaksa ke luar negara atas urusan kerja, jika badan tidak sihat seperti selsema, dinasihatkan memakai topeng muka (mask) bila samapai ke negara berkenaan

4. Jika badan tidak sihat semasa berada di negara positif H1N1 dinasihatkan memakai mask semasa dalam kapal terbang.

8 comments:

Unknown said...

Emm, so sesiapa yang berhajat nak pergi melancong waktu cuti sekolah ni supaya dapat berhati2 dengan wabak ni.

Unknown said...

Tapi tak bestlah plak dalam kapal terbang nak kena pakai mask. macam Zorro

Unknown said...

tahniah.. tahniah.. berjaya meng'create' blog.. heheheh..
... H1N1 ni mcm menakutkan gitu.. bila laaaaaaa nk berakhir nih...

ibuaiman said...

tima kasih atas tunjuk ajar lela yang tak jemu jawab soalan-soalan bodoh dari BUDAK BARU BELAJAR ni..hehe

yer mmg takut H1N1 ni sbb skrg dah kira jadi wabak seluruh dunia cuma kes kematian jer tak brp byk sbb tu WHO kira cool lagi, lum release lagi vaksin yang boleh prevent penyakit ni...doakan lah ianya akan berakhir...tapi betul ker org ckp, klu akhir zaman byk penyakit wabak akan berlaku??

Anonymous said...

Ish...dah lah bos aku tuh orang amerika. Jangan dia balik kampung dalam masa yg terdekat ni sudah lah

JaJa said...

Ja & family akan ke UK seminggu lagi. Risau gak pasal h1n1 ni. Tapi dah plan awal ke sana. Doakan kami selamat pegi dan balik. Che nor ada tengok tak kajian penyakit ni kaum mana yang banyak dijangkiti. Peratus muslim camana? Anyway, tahniah berjaya hasilkan blog yg cukup berinformasi. Keep up the good work!

ibuaiman said...

Pergi bercuti ker?seronoknyer...berapa hari?Tapi sekarang ni memang takut sebenarnya nak melancong, lagi satu untuk anak-anak kecik, sbb bdn mereka tak kuat berbanding ngan kita,tapi nak cancel cuti sayang lar pulak kan...:), setakat ni klu kes kat Malaysia, rasanya bukan orang cina sahaja, melayu pun ader jugak kena sbb sourcenya from air borne bkn sbb makanan...che nor doakan jaja n family selamat, klu bdn x sihat masa kan saner, tangguhkan dulu balik, klu blh pakai mask mase berjln2 kat saner, blh ker?hehe...

ibuaiman said...

Jaja,
Terima kasih daun keladi...:), bagitau lar kat saper2 yang berminat semoga yang baik dapat dikongsi dan dimanafaat bersama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...