Tuesday, June 30, 2009

ADA HANTU??

Mata saya terpaku pada tajuk berita terkini 23 Jun 2009, seorang pelajar UKM dijumpai mati di kawasan letak kereta Kolej Kediaman Za'aba. Pada awalnya, saya merasakan mangsa mungkin mati akibat dibunuh. Namun berita hari seterusnya amat memeranjatkan saya. Mangsa terjatuh mungkin disebabkan dikejar 'lembaga'. Betul ke ada HANTU??

Sejak akhir-akhir ini di kaca TV terlalu banyak kisah-kisah hantu dipaparkan. Segala macam jenis hantu, hantu langsuir, pelesit, puntianak, polong dan segala macam cerita hantu. Bagi menambahkan keseramannya, cerita-cerita ini ditayangkan pada malam jumaat.
Saya sudah pasti tidak benarkan Aiman menonton drama-drama ini sebab nanti menyusahkan saya dan suami. Ye lar kalau nak mandi atau nak ke dapur pun takut macamana? Bagi pendapat saya sebagai seorang ibu, cerita-cerita hantu ini sepatutnya dikawal. Disamping ianya menanamkan perasaan takut kepada anak-anak, ia juga banyak memaparkan upacara kurafat. Saya sokong cerita-cerita hantu ini disekat seperti di zaman Tok Mat menjadi Menteri dulu.

Berbalik kepada kisah pelajar tadi, temuramah dengan rakan sebiliknya mendapati mangsa mengalami perubahan tingkah laku sebelum kejadian. Mangsa sukar untuk tidur, kurang bercakap dan bergaul dengan kawan, mengasingkan diri. Adakah pelajar tersebut mengalami Major Depression yang memungkinkan beliau seterusnya mempunyai simptom visual hallucination iaitu nampak hantu ataupun suicide attempt?? Wallahua'alam.

Antara simptom Major Depression

(a) Depressed mood
(b) Diminished interest or pleasure
(c) Significant weight loss or gain
(d) Insomnia or hypersomnia
(e) Psychomotor agitation or retardation
(f) Fatigue or loss of energy
(g) Feelings of worthlessness
(h) Diminished ability to think or concentrate; indecisiveness
(i) Recurrent thoughts of death, suicidal ideation, suicide attempt, or specific plan for suicide



Itu sahaja buat kali ini.

Semoga jumpa lagi

Insya-Allah

4 comments:

Anonymous said...

Ada hantu mana hantu...CEPLOS ....

puteri said...

salam ukhuwah..tahniah krn anda sudah m'jd ibu. Pengalam sa sbg ibu, dlm xnak anak2 takut dgn p'kataan hantu, sa ajak mrk g wayang tengok citer hantu & bg mrk masuk 'rumah hantu'. Seboleh mungkin sya xnak anak2 sakat adik2 kecil ttg hantu. Sya ingatkan anak2, dlm Islam xde hantu, yg ada saitan & jin. Kita patut takut pd ALLAH. Takut melakukan segala laranganNya, takut pd janji2 azabNya. Alhamdulillah...nampak b'hasil..

ibuaiman said...

salam ukhuwah...terima ksih kerana sudi melawat blog saya...terim kasih juga kerana berkongsi pengalaman..saya sokong pendekatan mengingatkan anak2 kita tentang kewujudan Allah, malaikat dan juga syaitan. Aiman kadang-kadang tertengok jugak cerita hantu bila pulang ke kampung, tak dapat nak elak....

puteri said...

salam. Anak lelaki saya yg ke-3, baru 3thn, tp alhamdulillah, lepas puas kena 'basuh otak' dgn maknye, dah xkisah citer hantu.Dia tonton gak tp dah x takut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...