Tuesday, June 9, 2009

BERBALOIKAH???

"Sudah 10 tahun saya tidak berjumpa dengan anak saya. Dia terlibat dengan dadah dan segala macam jenis jenayah. Saya sibuk bekerja. Hari ini merupakan masa yang paling lama saya luangkan masa untuk dirinya"kata-kata tersebut diucapkan oleh seorang ayah di bilik mayat bagi pengecaman mayat dalam episod CSI yang saya tonton baru-baru ini. Tersentak saya dengan kata-kata tersebut. Terfikir di benak fikiran saya, berbaloikah jika kita bekerja bersungguh-sungguh siang dan malam untuk memenuhi keperluan duniawi sedangkan harta kita yang paling berharga iaitu anak-anak kita terabai dan rosak? Apakah kita boleh menjawab di hadapan Allah di hari pembalasan nanti tentang kelalaian kita? Nauzubillah...semoga dijauhkan keluarga kami dari segala masalah dadah dan segala macam perkara yang merosakkan.

Teringat bait-bait nasyid yang pernah popular semasa saya di sekolah dahulu..

"Anak-anak adalah permata, penenang hati, penyejuk mata, nikmat Allah yang paling bahagia.....anugerah Allah yang mesti dijaga"


Masalah dadah

Di alaf baru ini, pengamal perubatan berdepan dengan cabaran baru berkaitan dengan penggunaan dadah. Dadah yang dimaksudkan adalah Ecstasy atau Syabu atau Ice atau Kristal. Ini kerana dadah ini boleh dihasilkan di dalam RUMAH!!!Tidak perlu di tanam pokok seperti pokok popi bagi penghasilan heroin. Pengedar atau pengguna dadah ini boleh menghasilkan sendiri dadah ini dengan membeli bahan-bahan kimia daripada farmasi. Dengan kecanggihan dunia IT, mereka boleh search di internet cara penghasilan dadah ini...amat menakutkan...

Kesan daripada pengambilan ecstacy ini penggunanya akan menjadi agresif, tidak mempunyai perasaan takut. Biasanya perompak-perompak akan mengambil dadah ini sebelum melakukan rompakan. Sebab itu selalu kita dengar pada masa kini, perompak yang merompak melepaskan tembakan dan membunuh tanpa rasa takut, kerana mereka menjadi agresif kesan daripada ecstasy. Seringkali juga kita dengar di akhbar-akhbar, pencuri atau perompak yang masuk rumah membunuh hatta kanak-kanak yang kecil seperti kes di Ipoh baru-baru ini. Banyak lagi kes-kes pelik yang kedengaran seperti merogol kanak-kanak. Semua ini kemungkinan besar kesan pengambilan ecstasy.

Aakibat penggunaan dadah jenis ini menjadi agresif maka lebih banyak kes-kes kecederaan, bunuh dan rogol akan berlaku. Ini pastinya cabaran yang besar terutama bagi doktor yang bekerja di jabatan kecemasan kerana jumlah pesakit sudah pasti akan bertambah dan kemungkinan para doktor terpaksa naik turun mahkamah bagi menjadi memberikan keterangan kes.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga keluarga kita daripada terjebak dalam masalah ini. Luangkan masa yang ada dengan anak-anak. Paling penting, luangkan masa yang berkualiti untuk mereka. Jangan lupa ajarlah pelajaran agama untuk mereka kerana ianya akan menjadi asas dan benteng yang kukuh bagi mereka dari terjebak dalam gejala ini.

Itu saja untuk kali ini.

Semoga jumpa lagi.

2 comments:

Unknown said...

Tersentuh saya apabila membaca article ini, kerjaya dan anak-anak sama penting. Kalau tak bekerja macam mana nak bagi makan anak, kalau anak terabai pulak, nanti ditanya diakhirat, jadi memang kena jaga kedua2nya, yang paling penting adalah anak-anak supaya mereka dapat membesar dalam suasana yg baik dan dalam suasana Islam. InsyaAllah

Anonymous said...

psl ice ni..mmg teruk la.bdk2 la ni...umuq 12 tahun pun da pandai da makan n minum ais ni.ais ketui pun ada...ais cair pun ada.masa kt psy dulu keyo ada 1 pt..yg masih duk amik ais..bekerja sbg drebar lori bwk ais hehe.. tp..btw..keyo pun suka gak minum air yg berais.payah la nk telan klu air xsejuk..ada side efek ka suka minm ayaq ais??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...