"Nak saiz besar ke kak?Tambah seringgit ajer"tanya pekerja Mc Donald sewaktu saya membeli di drive thru'. Saya menolak tawarannya. Hari ini saya tak dapat masak kerana suami saya bermain tenis dengan rakan-rakan sekerjanya. Biasanya suami saya akan menjaga Aqilah sewaktu saya sibuk memasak di dapur.
Saya memang tidak sukakan minuman bergas sejak kecil lagi. Tidak ada sesiapa yang melarang tetapi saya tidak tahan dengan rasa tidak selesa di bahagian hidung apabila sendawa selepas minum minuman bergas..... Entahlah....Saya juga mengajar anak saya Aiman supaya tidak minum air bergas dan Alhamdulillah Aiman dengar nasihat saya. Aiman panggil air bergas, air pedas....Jika makan di Mc Donald, Pizza Hut atau KFC, biasanya Aiman akan minum MILO. Ketidaksukaan kami itu ada hikmahnya...
Masalah kesihatan berkaitan minuman bergas (jangkamasa panjang)
1. Osteoporosis (tulang reput)
2. Gout
3. Masalah buah pinggang akibat daripada kencing manis (minuman bergas mengandungi gula yang tinggi)
4. Gastritis
5. Lemah otot (jika diambil dalam kuantiti yang banyak 2-9 L/sehari). Ini kerana dengan pengambilan minuman bergas dengan kadar yang banyak akan mengurangkan kandungan potassium di dalam darah. Jika kadar potassium terlampau kurang, ia boleh juga menyebabkan SERANGAN JANTUNG dan KEGAGALAN JANTUNG.
Itu sahaja buat kali ini. Diharapkan boleh dijadikan panduan yang berguna buat semua.
Semoga jumpa lagi.
Insya-Allah
3 comments:
Wow, Osteoporosis, Gout Serangan Jantung.... banyaknya ,tapi minum air gas memang best . Lepas baca ni saya pun nak kurangkan minum bergas. bahaya.
Salam,
C'nor, nak tanya kalau 100 plus dikategorikan minuman bergas jugak ke?
sebab masa minum tu ada gak rasa pedas2 tu n buih2 gas dia kalau goncang boleh ada gak
anak k'la suka sangat minum air ni
w'salam k'la,
rase cn mmg 100 plus pun minuman bergas. Yang menjadi masalah minuman ringan seperti yang cn senaraikan itu adalah kandungan gula yang tinggi dan cafein seperti dalam coca-cola...k'la tgk dlm 100 plus tu kandungan gula die byk x/(sori cn x prnh minum, x tau), klu byk baik cuba kurangkan anak k'la amik...
Post a Comment