Dalam 2-3 minggu ini, Aiman menyatakan keinginannya untuk membela kucing atau arnab. Dia nak jaga, belai dan sayang binatang-binatang ini. Memang nampaknya dia sayang dengan haiwan. Kalau balik rumah Tokwan dan Tokki kat Kemaman ada kucing. Seronok Aiman dan Aqilah main kucing. Gosok-gosok kucing. Bagi kucing makan. Kucing kat kampung pulak amat manja sekali. Jiran rumah pengasuh Aiman dan Aqilah pulak ada bela arnab. Kadang-kadang mereka pergi main-main dengan arnab ni. Mmmm....Nak bela kucing kat bandar ni agak mencabar. Tak seperti di kampung. Sebab kita bekerja. Siapa nak jaga kucing waktu kita pergi kerja. Macam saya yang tiada pembantu rumah ni memang masalah. Nak letak kucing dalam sangkar rasa macam menyeksa binatang pulak. Kesian kucing tiada kebebasan. Nanti berdosa pulak kan. Bagi ayahaiman pulak, dia tak gemar bela kucing sebab masalah bulu kucing. Bertambah lagi dengan keadaannya yang ada asthma. Lagi satu, kata ayahaiman, kadang-kadang kucing ini sakit perut, dia boleh muntah dan berak-berak. Kalau jadi macam tu, siapa yang akan bersihkan? Nak taknak nanti dia jugak yang jadi mangsa, macam ayah dia dulu-dulu...hehe...adik ayahaiman suka bela kucing tapi bila kucing berak-berak, mak dia tak sanggup nak basuh, jadi ayahnya yang jadi mangsa. Nak bela arnab pulak, kami takde pengalaman nak bela arnab. Kesian jugak kalau arnab dikurung dalam sangkar yang kecil. Rumah kami kecil sahaja tiada halaman, jadi kalau nak ada sangkar arnab pun yang sangkar kecil tu aje. Mmm...kesian jugak jadi budak bandar ni ye...sebenarnya bela binatang kesayangan ini ada faedahnya. Kanak-kanak seusia Aiman ini mungkin secara semulajadi, Allah anugerahkan ingin menyayangi sesuatu. Jadi, dengan membela binatang kesayangan ini, rasa kasih sayang mereka dapat disalurkan kepada binatang kesayangan tersebut. Di samping membela binatang kesayangan ini satu terapi untuk menghilangkan tekanan dalam diri mereka. Dengan membela binatang kesayangan juga boleh memupuk sifat berdisiplin dan bertanggungjawab kerana mereka ada tugas bagi memastikan binatang kesayangan mereka bersih dan sihat. Macamana nak buat ye nak selesaikan masalah ini. Kesian kat anak tapi banyak halangan. Kawan-kawan ada cadangan tak?
**Semalam kami ke Jusco, tengok ada satu akuriam yang ada ikan nemo, batu karang dan starfish, cantik. Harganya satu set dalam RM500+. Tapi Aiman tak nak pulak sebab dia cakap ikan tak boleh nak dipegang-pegang macam kucing atau arnab...Mmmm....
4 comments:
wah.. Aiman nk bela pet ye? kami pun ada pets.. rabbits, tortoises and fish.. nashwa ada asthma, so big NO for cat.. but somehow agak serasi dengan rabbits.. yang sgt penting: kena rajin sebab rabbits kuat makan dan kuat jugak 'pegi toilet'!! jadi, kena rajin cuci sangkar yg penuh najis n kencing tu.. plus point: najis tu boleh buat baja ;) beza antara rabbits n cats.. rabbits agak 'takut' dengan manusia.. agak fragile.. jadi, nak jaga sedikit senang utk yg ada asthma sbb rabbits tak datang menggesel2 bulu dekat kita.. so, kehidupan dlm sangkar amat bersesuaian dgn rabbits.. rabbits suka bermain.. jadi, petang2 Aiman boleh lepaskan rabbits utk bermain, berlari, melompat!! it's fun to see them kicking while running.. so cute! rumput pun rabbits suka.. so, pendek la rumput kt rumah tu nanti.. tp watch out for your favourite plants.. abih botak nanti rabbits makan! believe me.. you'll learn new thing everyday by just looking, loving and being with them.. apapun pilihan Aiman, diharapkan Aiman akan gembira.. tu yg penting! :)
Nashwa,
Sangkar tu kena besar ke kalau utk yg 2 ekor?Brp besar ye?
Kalau lepaskan kat taman permainan umum, rabbit lari tak dari kita, takut2 dia ke jalan kena langgar kereta pulak...huhu
Bab basuh sangkar ni yg leceh sikit kan sebab saya takde maid...hehe..
ok.. nashwa sambung komen kt sini pulak.. antara faktor kami bela pets is sebab ada maid yg sgt sayangkan binatang!! bayangkan masa whitey dpt 5 ekor kits dia yg berjaga malam utk menyusu!! pastu mengangkut semua ke klinik sbb proses pnyusuan agak remeh..
so, ibuaiman kena pk panjang nih.. ;)
Kena berjaga malam nak susukan bb rabbit?Oh, dahsyatnya, mcm jg bb sendiri pulak la tu...adik ipar prnh bgtau saya yg rabbit tak reti jg anak dia tak mcm kucing, btl la tu ye...umur rabbit brp yg dah blh pegnen ye?Mmm..memang kn pk panjang sgt2..Thanks Nashwa
Post a Comment