Thursday, June 9, 2011

KungFu Panda 2 – Inner Peace...:)


Musim cuti sekolah ni kami tak ke mana-mana sebab AyahAiman sudah hampir kehabisan cuti tahun (cuti dah ambil banayk untuk umrah hari tu). Kalau kerja swasta, cuti tak banyak, cuma 15 hari. Saya kerja kerajaan, cuti tahun lumayan, 30 hari setahun!!

Aiman dan Aqilah awal-awal lagi dah mintak nak tengok KungFu Panda 2 bila tengok iklan kat Astro. Jadi saya tunaikanlah permintaan anak-anakku tersayang. Mmm...gerakhati mengatakan bahawa pasti ramai kanak-kanak nak tengok KungFu Panda ini. Jadi, nak elakkan beratur panjang, saya ambil langkah awal untuk tempah awal. Mula-mula tempah kot telefon, pastu tambah lagi kot internet sebab masa tempah kot telefon terpilih 3 seat aje (Aqilah , saya riba aje), pastu fikir-fikir balik, kesian pulak kalau Aqilah nak duduk atas kerusi jugak, jadi tempah online 4 seat...Realitinya memang Aqilah nak duduk atas riba saya. Dia takut duduk sorang-sorang lepas tengok macam-macam iklan sebelum movie mula. Lagi satu masa tengah tengok tu, Aqilah nak BF, tapi kesian anakku tersekat dengan pemisah tangan yang tak boleh nak angkat...:(..

Kami tengok kat GSC Alamanda. Nasib baik tempah awal sebab memang tiket dah habis untuk orang tempah aje...:)...

Ringkasan cerita KungFu Panda

Memang BEST!!! dan puas hati tengok ceritanya. Kami bagi 5 bintang. Ada babak-babak yang buatkan kami ketawa kelucuan, terpegn dan ada babak yang buatkan Ibuaiman dan Ayahaiman tidak dapat menahan air mata dari mengalir. Memang sedih...sob-sob...sedih waktu kisah Poo yang terpaksa ditinggalkan oleh ibunya dalam kotak sayur untuk menyelamatkan Poo dari dibunuh penjahat dan Poo dengan suara yang sedih memanggil kembali ibunya tetapi ibunya terpaksa pergi demi menyelamatkan Poo. Ibu Poo mengorbankan dirinya untuk Poo...sedihnya...terbayang anak sendiri dan pengorbanan seorang ibu...sedihnya..sob-sob

Cerita kali ini mengimbau kembali kisah yang lampau. Rupa-rupanya Poo adalah anak angkat pada ayahnya. Ibu-bapa Poo dibunuh oleh seorang putera raja yang zalim iaitu Chen. Putera raja ini menunjukkan sifat nakalnya sejak kecil. Daripada ramalan nasib pengamal nasib Istana, putera ini akan menjadi seorang yang jahat dan akan dikalahkan oleh perwira berwarna putih dan hitam. Bagi mengelakkan nasibnya dibunuh oleh perwira putih hitam ini, putera raja yang zalim ini telah membunuh semua populasi panda yang ada di seluruh cina dan hanya Poo sahaja yang terselamat kerana disembunyikan oleh ibunya dalam tong berisi sayur. Ada ala-ala cerita Nabi Musa dan Firaun juga kan...:)

Putera raja yang zalim ini akhirnya dihalau daripada istana dan dia berdendam disebabkan perkara ini. Putera raja ini akhirnya membina satu senjata yang tidak dapat dilawan dengan kuasa kungfu iaitu meriam untuk balik semula ke istana untuk membalas dendam. Bagi menghasilak peluru meriam, askar-askar putera yang jahat ini mencuri besi-besi/tembaga-tembaga dari seluruh cina. Semasa mereka datang ke kampung Poo, Poo dan sahabat berlima bertarung dengan askar yang jahat ini. Semasa pertarungan, Poo mengalami de ja vu apabila melihat tattoo yang ada pada badan askar yang jahat itu. Tattoo itu menyingkap minda Poo melihat gambaran ibu dan ayahnya iaitu Panda.

Di dalam usaha menentang keganasan putera yang zalim itu Poo juga mempunyai misi untuk mengetahui asal-usulnya daripad putera tersebut. Poo akhirnya dapat mengetahui asal-usulnya mengalahkan Chen dengan menggunakan teknik ” inner peace” (ketenangan dalaman). Inner peace yang dicapai oleh Poo membolehkan dirinya melawan bom meriam yang datang kepadanya. Hebat!!!

Lepas habis menonton, Aqilah minta untuk tengok lagi filem itu sebab belum puas menonton. Nak tengok lagi dan lagi. Macam tengok vcd kat rumah. Oh, anakku....

2 comments:

Anonymous said...

hehe.. ibuaiman memang pandai bercerita! boleh tulis novel ni! :) kami pulak sebaik habis filem tu, terus cakap "see u all in kungfu panda 3!! tak sabaq rasanya nk tgk" confdent je ada smbungn.. :P

ibuaiman said...

:)...blh buat novel?...:)...Insya-Allah, amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...