Tuesday, December 29, 2009

BERKAT..SIHAT...AZAM TAHUN BARU

Roti telur (roti canai telur) dicicah dengan kuah dal memang antara makanan kegemaran Aiman. Setiap hujung minggu, boleh dikatakan kami sekeluarga akan bersarapan di kedai mamak untuk makan roti telur.

Namun, sempena kedatangan tahun baru 1431 ini, saya bertekad untuk bersarapan sama-sama di rumah. Saya bertekad untuk masak sendiri…:)
Jadi sebagai langkah pertama, hujung minggu baru ini saya telah mulakan projek membuat ROTI TELUR yang PERTAMA KALI dalam hidup saya…Demi kasih sayang saya terhadap suami dan anak-anak….:)

Setakat entry ini ditulis, sudah 5 kali saya buat roti canai ini. Alhamdulillah dari pertama kali hinggalah ke 4 kali, roti canai ini makin bertambah baik buatannya….Resepi roti canai telur ini saya ambil dari myresepi.com

Bagi sesiapa nak cuba, resepi kat bawah ini. Rupa-rupanya tidaklah sesusah mana nak buat roti canai ini sepertimana yang saya fikirkan selama ini….Cuba lar, rugi kalau tak cuba…

Resepi roti canai

550gm tepung gandum
250ml air suam
1 biji telur
3 sudu susu pekat
1 sudu marjerin
1 sudu garam

Cara-cara
1. Campurkan air, susu pekat, marjerin, telur dan garam, kacau rata
2. Kemudian campurkan bahan-bahan tadi ke dalam tepung gandum
3. Uli tepung selama 5 minit, kemudian rehatkan selama 10 minit. Pada uli kali pertama, kita akan dapati adunan agak melekat, jangan risau, jangan campurkan tambahan tepung kerana ini akan menyebabkan roti canai nanti akan jadi keras. (bagi sesiapa yang tidak tahu cara menguli, caranya macam kita membasuh baju cara manual, tolak dan tarik gitu-bab menguli, suami saya yang buat..hehe).
4. Ulang langkah 3 sebanyak 3 kali. Uli dan reha sebanyak 3 kali.
5. Bila sudah diulang uli sebanyak 3 kali, kita akan dapati adunan sudah tidak akan melekit di tangan lagi dan adunan lembut sekali. Jika dapati adunan lembik juga, tambahan tepung sebanyak 1-2 sudu boleh ditambah semasa uli kali kedua.
6. Bulat-bulatkan doh sebanyak 12 biji. Kemudian sapukan marjerin di atas doh yang telah dibulatkan.
7. Biarkan doh semalaman.
8. Apabila hendak dicanai, penyekkan doh sebesar tapak tangan
9. Boleh dicanai atau ditarik sahaja dan letakkan minyak masak sewaktu penyek dan tarik doh berkenaan (saya tarik sahaja, tak reti untuk tebar). kemudian pecahkan telur ke dalam adunan yang telah ditarik.
10. Kuali leper dipanaskan dan masak roti canai berkenaan
11. Siap untuk dimakan
12. bagi doh yangtidak dicanai, boleh disimpan selama seminggu.

Selamat mencuba….source:myresepi.com

Kebaikan makan di rumah versi ibuaiman…..

1. Berkat…Air tangan ibu. Boleh bentuk hati anak-anak supaya anak-anak mendengar kata dan tidak degil. Kadang-kadang saya terfikir juga tukang masak ini menjaga atau tidak sembahyang mereka? Sesungguhnya air tangan orang memasak boleh membentuk hati si pemakannya. Jadi, saya taknak hati anak-anak saya jadi keras sebab selalu makan kat kedai mamak ini. Nauzubillah…lagi satu, boleh buat suami makin sayang dekat kita gitu...:)

2. Bersih… Kadang-kadang terlintas juga di hati saya ini, mamak buat roti telur ni basuh atau tidak telurnya? Telur yang tidak di basuh bukan sahaja menyebabkan ianya tidak toyyiban(baik untuk dimakan) malahan boleh mendedahkan diri kepada jangkitan salmonella typhii (penyebab sakit thyphoid).

3. Sihat… Bahan-bahan yang disediakan oleh kita semestinya yang terbaik kita sediakan. Makan diluar sememangnya tidak sihat.

4. Jimat...Sememangnya amat jimat. Bayangkan dengan 550gm gandum boleh buat 12 keping roti canai. tepung sekilo baru berharga RM2+..kalau makan kat kedai mamak sekarang, sebiji roti telur harganya sudah rm1.70....memang tersangat lah jimat kan. Kalau tak larat nak makan banyak dan hari-hari makan roti canai, boleh sedekhakan pada jiran-jiran pula...pahala dapat lagi...alhamdulillah...

Saya dengan bangganya mengisytiharkan SELAMAT TINGGAL kepada kedai mamak....:)



Cikedis...

Masa kecik-kecik dulu, kat kampung saya,makanan rapu dipanggil cikedis. Sebab masa tu makanan rapu yang popular jenama Chickendees. Saya masih ingat lagi plastiknya warna hijau, ada tulisan warna merah Chickendees. Memang tidak dinafikan kanak-kanak memang sangat suka makan makanan rapu. Tak payah diajar-ajar, bila makan jer terus ajer suka…Tapi saya tak lar berapa suka sangat (hehe..puji diri sendiri). Sebabnya saya dah terbiasa. Terbiasa kerana Ibu saya ada kedai runcit sebelum saya lahir lagi. Dah hari-hari pandang makanan ni kat kedai ibu saya. Jadi takde lar excited sangat makan cikedis ni…

Untuk Aiman, saya tidak ajar dia makan makanan rapu ni. Dia terbelajar jugak makan makanan ni bila balik kampung…(tak dapat nak elak, sepupu-sepupu Aiman suka makan ni).

Aqilah pula dah kenal makanan rapu ni (ehem…ni tak best ni), diperkenalkan oleh anak pengasuh lar pulak. Saya terperasan sebab dia bagi makan makanan rapu yang berwarna oren tu. Warna tu kebetulan lekat kat baju Aqilah…Pastu saya cakap baik-baik dengan kakak tu, taknak lagi bagi makanan rapu tu kat anak saya…

Sebenarnya saya nak cerita pasal makanan rapu ni sebab baru-baru ini saya pergi satu kenduri kahwin, bila bersalaman dengan ibu pengantin, diberikan satu beg cantik. Bila dibuka rupanya berisi dengan makanan rapu!!! Terkejut...

Jika masa zaman kakak-kakak saya kahwin dulu, keluarga pengantin biasanya bagi telur rebus sahaja dibungkus cantik di dalam bunga telur atau kertas kilat yang warna warni kepada para tetamu. Masa zaman saya kahwin pula, di samping telur rebus yang diletakkan di dalam bekas telur, ada tambahan gula-gula untuk kanak-kanak. Zaman sekarang pula, nampaknya mereka bagi makanan rapu pula. Fenomena ini amat-amat lar tidak sihat….Bagi diri saya, budaya ini tidak seharusnya diteruskan….

Makanan rapu yang kami terima tu masih lagi tidak terusik di dalam kabinet makanan Aiman…Saya masih terfikir-fikir kepada siapa saya nak bagi? Kalau dibuang, nanti berdosa pula sebab membazir….Jadi, apa yang harus saya buat?

Nasihat saya kepada semua, kepada bakal-bakal pengantin, bakal-bakal ibu bapa pengantin, jangan masukkan makanan rapu sebagai senarai makanan untuk para tetamu anda. Nanti niat anda untuk gembirakan tetamu boleh mengundang masalah kepada tetamu anda terutama orang seperti saya yang BOIKOT makanan rapu.

Semoga jumpa lagi....

Friday, December 18, 2009

Gigi dah cabut!!!

Gigi pertama Aiman dah tercabut....:),. Perasan gigi tu memang nak tercabut bila Aiman bagitau sakit bila makan. Saya dan suami suruh dia goyangkan gigi tu. Ambil dari pengalaman, bila dah goyang banyak baru senang nak cabut. Dah seminggu tapi tak tercabut-cabut jugak. Suami cuba ambil benang konon nak cabut sendiri (macam dia kecik-kecik dulu, ayahnya ajer yang tolong cabutkan mana pernah jumapa dentist..hehe). tapi, Aiman tak tahan sakit...Gigi kekal dah mula nampak. Nak tak nak, kami bawak dia jumpa dentist. Cerita lengkap masa jumpa dentist, tgk video kat bawah....:)

Temubual exclusif bersama Aiman

Swimming

Ini pertama kali kami ambil video masa berenang. Tengok lar, Aiman dah pandai berenang sekarang ni, dah boleh kalahkan ayah..huhu...
Kalau nak tengok di sini

Thursday, December 17, 2009

ILMU YANG TIDAK DIAJAR


Sejak akhir-akhir ini saya sering marah dan hilang sabar dengan perangai Aiman.

Perangainya yang sengaja suka mengusik adiknya dan membuatkan adiknya menangis.

Perangainya yang tiada tumpuan bila mengaji. Mengaji 10 minit sudah resah gelisah, menangis, mahu cepat-cepat habis mengaji kerana ingatkan TV atau main computer game.

Perangai suka merajuk.

Suatu hari, suami saya menegur saya supaya jangan terlalu marahkan Aiman. Kalau ingin tegur katanya biarlah secara toleransi dan berhikmah. Katanya takut-takut membantutkan perkembangan emosi dan jiwanya. Teguran suami membuatkan saya tersentak dan tersedar.

Memang benar, saya melihatnya dari pengalaman saya sendiri. Di kalangan anak kakak-kakak dan abang-abang saya malah di sebelah keluarga suami juga, biasanya anak sulung selalu kena marah dengan teruk dengan mak dan ayah mereka. Kadang-kadang tanpa sebarang sebab yang munasabah mereka dimarahi dan dirotan. Saya melihat sendiri, anak-anak ini di awal usia mereka, mereka kelihatan sangat cerdik dan petah bercakap namun akhirnya potensi diri mereka seakan terbantut. Terbantut akibat selalu dimarahi dengan emosi oleh ibu atau bapa. Dulu, saya bertekad tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada anak-anak saya. Dan kini, seolah-olah saya sudah mulai lupa tekad saya bila emosi menguasai diri. Astagfirullahalazim….

Saya mula muhasabah diri.

Memang benar, sudah lama saya kurang memberikan tumpuan kepada Aiman. Sejak Aqilah lahir sudah jarang saya memeluknya. Sedangkan dahulu, Aiman tidak akan dapat tidur sebelum saya memeluknya sehinggalah dia terlena. Jika sedang menonton TV juga dia kadang-kadang mengada-ngada baring disebelah saya minta dipeluk. Ya, sudah lama saya tidak memeluknya. Sedangkan, di usia sepertinya masih perlukan ciuman sayang dan pelukan dari ibu sekali-sekala.
Saya rasa amat bersalah. Memang saya bersalah pada Aiman.

Di suatu petang hujung minggu

Aqilah sudah nyenyak tidur di dalam buai selepas kenyang menyusu dan didodoikan.
Aiman pula sedang khusyuk menonton TV, duduk di atas sofa.
Saya mengambil sebiji bantal dan berbaring di sofa yang sama.

“Aiman, marilah baring sebelah ibu, lama dah ibu tak peluk Aiman”

Aiman menolak sambil menggeleng kepala.
Saya tidak memaksa.
Kemudian, dia datang dan berbaring di sebelah saya.
“Dulu, ibu selalu peluk Aiman kan” sambil saya memeluknya.

Aiman mengangguk.

“Ibu sayang Aiman tau”

“Tak” jawab Aiman dengan mukanya yang masam.

“Betul, ibu sayang sangat Aiman. Ibu marah-marah tu sebab ibu sayang lar. Kalau orang tu buat jahat, tapi ibu dia tak tegur dia, itu sebenarnya lagi tak sayang. Dia tak marah, nanti lama-lama anak dia jadi lagi jahat”

Aiman diam tanpa menunjukkan sebarang reaksi samada setuju atau tidak.

“Aiman ingat tak drama yang kita tengok kat Singapore dulu tu”

Aiman mengangguk. Ternyata drama itu memberi kesan pada jiwanya.

“Kan, dalam drama tu, ada kakak yang jahat, pastu ibu dia tak tegur dia, jadi dia jadi lagi jahat”

“A’ah…Dia marah nenek dia kan, sian nenek dia. Nenek kan tak sihat. Pastu dia bawak balik kawan lelaki, nenek suruh mak dia tegur, mak dia tak nak, takut dia lari. Pastu mak dia tutup pintu, terhantuk kepala nenek, sian nenek tu”

“Ha…itu baru betul tandanya tak sayang…Sebab bila buat jahat, kemudian jadi makin jahat sebab tak ditegur, nanti masa hari Akhirat, Allah masukkan dia dalam api Neraka…Ibu tak nak macam tu…Ibu nak,Aiman, Adik Aqilah, ayah dan ibu masuk syurga sama-sama nanti”

“Macam cerita hari tu kan ibu (yang dimaksudkan cerita Gladiator-cerita ini buat saya menangis di akhir cerita…mmg sedih…). Orang jahat bunuh mak dia (maksud Aiman, isteri pelakon utama) dan anak dia. Pastu dia jumpa balik dalam syurga kan ibu….”

“Macam tu lah ibu nak…Kita sama-sama nanti jumpa balik dalam syurga….”

Aiman menunjukkan wajah ceria kembali….

“Ibu nak Aiman ingat sampai bila-bila ibu sayang sangat kat Aiman tau. Kalau ada apa-apa masalah bagitau ibu yer..”

Aiman mengangguk.




Di suatu pagi di dalam kereta

Hari ini Aiman ingin mengikut saya pergi kerja. Boring katanya duduk di rumah pengasuh. Saya tidak membantah.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, Aiman membuka dashboard dan mengambil muqaddam di dalamnya. Aiman mengambil dan membelek muqaddam.

Sebenarnya sudah lama saya membeli muqaddam ini untuk Aiman, namun asyik lupa ajer mahu membawanya masuk. Saya mahu mencuba pendekatan menggunakan muqaddam pula untuk membantu Aiman pandai mengaji. Saya diberitahu oleh seorang penceramah (beliau seorang mualaf),kebanyakkan mualaf lebih cepat pandai membaca Al-Quran menggunakan muqaddam berbanding dengan menggunakan Iqra’. Mungkin ada benarnya kerana seingat saya (ingat-ingat lupa), saya belajar muqaddam semasa umur 6 tahun. Umur 7 tahun sudah baca Al-Quran besar. Aiman pula belajar membaca Iqra’ seawal umurnya 4 tahun lagi. Sekarang berada di tahap Iqra’ 5. Saya dan suami target, darjah satu kalau boleh sudah start Al-Quran besar. Jadi, saya ingin mencuba muqaddam, tengok-tengok kalau lebih bagus.

“Kenapa ibu beli ini (Muqaddam)?”Aiman bertanya semasa saya memandu kereta.

“Sebab Aiman asyik tertukar-tukar jer huruf masa baca Iqra’”

Sambil membelek muqaddam, Aiman cuba membacanya. Namun ternyata beliau masih tertukar-tukar di antara huruf jim, ha, kho: di antara huruf ain dan ya: di antara sod dan tho: di antara dho dan zho.

“Kan, betul Aiman masih lagi tertukar-tukar”

Teguran saya membuatkannya merajuk. Tak mahu lagi meneruskan pembacaan.

“Ibu sedih lar macam ni. Nanti kalau kat hari akhirat, Allah tanya ibu kenapa ibu tak ajar betul-betul Aiman baca Quran, apa ibu nak jawab? Nanti Allah rotan ibu, hancur badan ibu. Ayah pun kena rotan juga. Aiman pun sama. Kan, Aiman sendiri cakap Aiman cepat tangkap (pick-up). Dialog cerita Upin dan Ipin Aiman boleh hafal kenapa tidak Al-Quran?(Aiman boleh hafal boleh katakan setiap dialog dalam cerita GENG-Upin Ipin). Ibu betul-betul sedih lar macam ni….betul-betul sedih”

Aiman membatu. Kemudian, dia cuba mengambil hati saya semula dengan cuba membaca dengan betul. Namun, saya tidak dapat memberikan perhatian penuh kerana sedang memandu dan kejar punch card…

Di waktu petang, balik dari rumah pengasuh, kami bertiga lepak di dalam kereta sebelum masuk ke rumah. Aqilah tunjukkan isyarat mahu berbaring di atas kerusi kereta. Lalu kami berbaring bersama-sama di dalam kereta sambil gelak-gelak…Aiman mencapai Muqaddam. Cuba membaca dengan betul. Dan kali ini tiada kesilapan lagi. Tiada lagi tertukar-tukar.
“Haa…macam tu lar, baru betul”

Aiman tersenyum

“Aiman rasa seronok lar ibu. Kenapa yer rasa seronok yer ibu bila dapat baca dengan betul?”

“Memang lar rasa seronok kalau kita pandai. “

“Malam ini, Aiman nak baca Muqaddam lar ibu”

Malam itu, tanpa di suruh, selepas azan maghrib, Aiman mandi dan bersiap-siap untuk mengaji tanpa disuruh atau dipaksa….Alhamdulillah, ibu harap keadaan ini akan berterusan...aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah….

Ya Allah, Aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan kepadaku Ya Allah.
Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah.
Berilah petunjuk kepadaku dan juga suamiku di dalam usaha kami mendidik anak-anak kami.
Semoga anak-anak kami Muhammad Aiman dan Nur Alisha Aqilah akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah….
Sesungguhnya ilmu ini tidak pernah kami pelajari di mana-mana Ya Allah. Petunjuk dari-Mu Ya Allah kami pinta, semoga Engkau dengarlah rintihan kami Ya Allah, rintihan dari hambaMu yang lemah dan hina ini, Ya Allah…..Amin…Ya Robbal Alamin

Wednesday, December 2, 2009

Graduation day Aiman


Ini gambar Aiman masa graduation day hari tu..Baru sempat upload....Ibu doakan Aiman akan terus berjaya, dapat graduate betul-betul nanti...:)...Tak lamer lagi, anak teruna saya ini dah nak melangkah ke darjah satu, dah besar dah anak ibu, rasa macam sekejap ajer. Masih teringat masa Aiman umur 2 bulan dulu, ibu bawak samer masa ibu on-call kat HKL, ayah jaga Aiman, bila Aiman lapar, ayah tepon ibu datang menyusu sebab Aiman memang tak boh susu botol...


Gambar Aiman masa 2 bulan dan Ibu di Asrama doktor pelatih HKL, ibu masa ni lepas on-call, pagi-pagi datang jenguk Aiman yang dijaga oleh ayah....sayang, anak ibu, muaahh

cerita hari raya haji-part 4

Hari raya haji ketiga

Kami ke pasar borong Selangor untuk mencari bahan-bahan untuk dibuat rendang. Ini merupakan pengalaman pertama Aqilah ke pasar borong..Memang sudah lama saya tidak ke pasar borong...hampir dua tahun..sejak mengandungkan Aqilah, saya tidak lagi ke pasar ini kerana masalah alahan semasa mengandung dan sejak akhir-akhir ini, kami lebih senang membeli bahan basah di kedai runcit berhampiran rumah keran bahan basah segar setiap hari, ianya lagi mudah bagi saya kerana tidak perlu difrost bahan untuk masak bila pulang dari tempat kerja..jimat masa...
Berbalik pasal masak rendang daging aqiqah, Alhamdulillah semua bahan untuk masak rendang ada di pasar kecuali daun kunyit...macaman nak masak ni..suami memujuk mungkin ada di kedai runcit berhampiran rumah...Allah mudahkan jua untuk kami, ada rupanya daun kunyit di situ...

Maka bermulalah tugasan saya memasak rendang daging. Sebelum ini saya pernah beberapa kali masak rendang ayam semasa raya tetapi tidak pernah rendang daging, harap-harapnya menjadi lar...semasa memasak, saya tidak putus-putus membaca bismillah dan selawat setiap kali mahu meletakkan bahan-bahan...berdoa kepad Allah dimudahkan untuk saya...

Sementara tunggu rendang masak, saya menggoreng ketupat...meletup-letup ketupat, terkena minyak panas di dahi dan juga bibir saya, tapi nasib baik sikit ajer...:)

Dan hasilnya, Alhamdulilah sedap kata suami saya...rendang terpaksa di masak dua kali kerana kuali tidak cukup besar....

Daging banyak tetapi ketupat sedikit, jadi saya membuat keputusan untuk buat pulut kuning...Secara jujur saya tak pernah buat pulut kuning..ibu saya pun tak pernah...suami saya cakap ibunya pun tak pernah buat...so, saya menggoogle resepi pulut kuning di internet. Tetapi resepi di internet tak berapa detail pulak..tak dinyatakan berapa lama pulut akan jadi separuh masak sebelum dicampurkan santan dan berapa lama masa diambil untuk pulut betul-betul masak selepas dimasukkan santan...Jadi, saya menelefon pengasuh anak saya...dia pun rupanya tidak berapa pasti sebab dia pun main agak-agak...so kaatanya separuh masak dalam 15 minit, masak betul-betul dalam lagi 30minit....saya memang perlu cuba kerana beras pulut sudah direndam....

Hasilnya, jeng,jeng,jeng....menjadi , syukur....nak tahu apa pengasuh Aqilah sms saya lepas saya hantar pulut tu kat dia..sms pengasuh Aqilah: Ok sedap pulutnya...lulus 100%...

Inilah hasil masakan saya.....:)

cerita hari raya haji -part 3

Hari raya kedua - 11 Zulhijjah 1430 bersamaan 28 November 2009

Pagi-pagi lagi, dalam jam 8.00 pagi, suami saya, ayah saya dan Aiman sudah bertolak ke masjid baru untuk upacara korban dan aqiqah. Saya dan Aqilah menunggu di rumah. Tahun ini kami mengaqiqahkan lembu satu bahagian untuk Aqilah dan kakak saya mengaqiqahkan 2 bahagian untuk anak lelakinya, Adib. Disebabkan keadaan ibu yang uzur, saya dan kakak bercadang memasak rendang daging dan diagihkan kepada jiran-jiran bersama-sama ketupat palas. Kami merancang, Allah jualah yang menentukan...

Dalam pukul 12.00 tengahari, baru mereka sampai beserta daging aqiqah. Kakak menelefon saya, dia akan siang daging aqiqahnya di rumahnya dan mengarahkan saya memotong siap-siap daging aqiqah Aqilah sebelum ke rumahnya untuk memasak bersama...Kakak tidak sangka 2 bahagian lembu itu terlampau banyak dan amat risau kerana bahan untuk dijadikan rendang tidak cukup...Saya bersetuju...Abang saya menolong memotong daging dan tulang aqiqah tersebut....Tulang saya jerang untuk dijadikan sup....Dalam duduk berfikir-fikir, macamana nak settlekan daging ini di samping suami pula perlu pergi ke bandar untuk membeli bateri baru...so, dalam duk berfikir-fikir, saya membuat keputusan untuk memasak sendiri rendang daging, tak perlu memasak bersama kakak kerana lambat jika mahu menunggu saya datang selepas tukar bateri kereta...

Kami ke bandar kemaman untuk membeli bateri. Selepas mencari di dua buah kedai, tiada satu pun kedai ada spesifikasi bateri kereta kami. Ini lar pertama kali saya tahu, ada bateri saiz 40, 44,50,55. Untuk kereta kami, jenama yang disyorkan langsung tidak dijual, malahan saiz yang dicadangkan didalam spesifikasi iaitu 40 atau 44 pun tiada..Kami tiada pilihan lain terpaksa memilih saiz 55 dengan jenama yang lain juga, kalau tak ditukar, macamana kami mahu pulang ke Kuala Lumpur? Selesai menukar bateri dalam masa satu jam juga masa diambil, kami ke kedai untuk mencari bahan bagi dijadikan rendang...malang sungguh untuk kami, bawang merah pun sudah habis di jual di pasaraya...macamana nak masak ni? Setelah berbincang dengan suami, kami membuat keputusan balik ke KL malam itu, masak kat KL dan bahagikan daging rendang kat jiran-jiran di KL....Malam itu, selepas Isyak kami bertolak pulang ke KL.....sungguh bagai di kata, kita hanya mampu merancang Tuhan juga yang menentukan...

cerita raya haji-part 2

"Ibu, masa dulu, kat mana tempat ibu duduk masa mengaji..."Aiman bertanya

Susunan tempat duduk sekarang agak berubah. Kalau dulu, ada penghadang bagi memisahkan pelajar muqadam dan surat besar (al-Quran), sekarang tiada lagi penghadang itu..jadi memang sukar untuk saya bagitau mana tempat duduk saya yang sebenarnya kepada Aiman...

Sambil Aiman menyapu, saya menjenguk kubur di tepi masjid...

"Kat sini lar kubur onyang (moyang) Aiman"saya memberitahu...

"Nak pergi kubur onyang ibu"

"Nanti kita bagitau ayah dulu yer"

Suami saya masih lagi dalam proses memahamkan sambungan jumper.

Suami menyuruh saya hidupkan enjin kereta kami sementara beliau menekan minyak kereta ayah.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya menghidupkan enjin...Alhamdulillah, enjin kereta kami dapat dihidupkan tanpa sebarang masalah. Suami saya memberitahu, perlu beberapa minit sebelum jumper ditanggalkan. Saya meminta izin untuk membawa anak-anak menziarahi kubur onyang mereka...

"Bila masuk kawasan kubur bagi salam kat mereka, cakap ; Assalamualaikum Ya Ahli Kubur"saya berpesan kepada Aiman. Aiman mengangguk dan melakukan apa yang saya pesan.

"Ini, batu yang kecil ni maknanya yang meninggal ni baby, Man, yang sebelah ni pula ibu dia"saya bagi info kat Aiman semasa dalam perjalanan ke kubur nenek saya....

Bila sampai di kubur saya dan Aiman bersama-sama membacakan Al-Fatihah.

"Ibu, boleh Aiman cabut pokok-pokok kat sini"

"Boleh, mana Aiman tahu waktu pergi kubur kena cabut rumput?"

"Aiman tengok dalam cerita Upin dan Ipin. Bila hari ibu, pergi kubur cabut pokok kat kubur"

"Oh, ye ker..patut lar Aiman tahu"

Bagus jugak pengaruh kartun Upin dan Ipin ni yer...memang favorite Aiman termasuk Aqilah yang kecil ni pun teruja bila tengok Upin dan Ipin...

Tuesday, December 1, 2009

Cerita Hari Raya Pertama Aidiladha

Cabaran di hari pertama Raya Korban (Jumaat, 27 Nov 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430H)

Hari raya haji tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Saya berusaha juga untuk hadir sembahyang sunat Aidiladha kali ini. Ini kerana sejak tahun, saya gagal untuk hadir sembahyang raya sejak Aqilah lahir. Semasa sembahyang raya Aidilfitri baru ini pula, saya ke masjid untuk sembahyang, namun Aqilah tertidur semasa bertakbir, bila saya meletakkannya untuk bersembahyang, dia terjaga dan mengamuk menangis. Bagi mengelakkan tangisan Aqilah mengganggu jemaah yang lain, jadi saya tidak bersembahyang. Saya memangku Aqilah sambil dia tertidur semasa jemaah lain menunaikan sembahyang dan juga semasa kutbah dibacakan oleh Imam. Kali ini saya berjaya menunaikan solat sunat Aidiladha...Alhamdulillah...walaupun Aqilah menangis juga semasa di rakaat kedua...Oleh sebab itu, Allah menggandakan pahala sembahyang orang yang telah berumahtangga berbanding orang bujang kerana banyak cabarannya.

Pada waktu tengahari, suami dan ayah saya pergi menunaikan sembahyang jumaat pula. Aiman tidak ikut, tertidur kepenatan. Jam menunjukkan pukul 2.00 petang, suami dan ayah masih belum pulang. Ada orang sudah datang menjemput ayah untuk hadir ke majlis tahlil mereka sepertimana yang dijanjikan. Namun, kelibat ayah dan suami belum nampak. Dalam jam 2.15 tengahari..

"Ibu, ayah balik berjalan"

Terdetik dalam hati saya, kereta accident ker?

"Abang berjalan kaki ni. Kereta tak dapat start. Bateri weak agaknya, kereta masih ada kat kawasan masjid sana...."

Selepas saya menunaikan solat, kami bergegas ke tempat kereta kami menaiki kereta kancil ayah.

Selepas saya mencuba tidak juga dapat dihidupkan enjinnya. Suami menghubungi pusat servis Ford namun dia tidak dapat membantu untuk menyelesaikan masalah kerana technical person sedang bercuti. Lalu, suami menghubungi rakannya yang juga memiliki kereta Ford Focus untuk bertanyakan apakah masalahnya. Rupanya dia juga pernah mengalami masalah yang sama dan sememangnya memang betul, puncanya adalah bateri weak. Disebabkan hari raya, kedai bateri semua masih tutup. Kami pula tertinggal jumper di rumah. Nasib baik, The Store Kemaman dibuka walaupun hari raya. Dapatlah kami membeli jumper di situ dan menghidupkan enjin kereta.

Suami saya tak pernah menggunakan jumper sebelum ini. Dalam dia sibuk menelaah manual bagaimana cara nak menggunakannya, saya membawa Aiman dan Aqilah masuk ke kawasan masjid.

Sudah lama saya tidak ke masjid lama ini. Pagi tadi kami bersembahyang di masjid baru di kampung kami. Masih tegak berdiri tempat saya mengaji di waktu kecil dahulu. Masih seperti dulu, tapi keadaannya amat usang, kotor dan tidak terurus. Kami menapak mem=naiki tempat mengaji. Mulanya saya menyangka sudah tidak ada lagi kelas mengaji di situ. Tapi sangkaan saya meleset kerana masih ada kesan tulisan di papan hitam bertarikhkan November 2009. Maknanya masih ada kelas di situ. Tetapi keadaannya amat menyedihkan. Seperti biasa, Aiman memang rajin bab-bab mengemas. Dia mengambil penyapu dan menyapu tempat itu. Aqilah pun sama menyibuk menyapu bersama abang.

Banyak lagi saya cerita, nanti saya sambung lagi.....

Tuesday, November 24, 2009

BAPA YANG DERHAKA

Kita biasa dengar istilah anak derhaka tapi pernah tak dengar bapa yang derhaka???Saya secara ikhlasnya tak pernah dengar. Tazkirah ini disampaikan oleh suami saya kepada saya secara santai waktu bulan puasa hari tu. Beliau mendengar ceramah ini selepas solat tarawikh di masjid bandar kinrara.

Bapa yang derhaka

Pada zaman Rasulullah s.a.w, beliau didatangi oleh seorang lelaki yang memohon dihukum anaknya kerana mendakwa anaknya adalah seorang anak yang derhaka. Maka si anak bertanyakan kepada Rasulullah, jika ayahnya mendakwanya dia seorang anak yang derhaka, dia ingin tahu apakah ada ciri-ciri seorang bapa yang derhaka pula? Maka Rasulullah s.a.w menjawab, memang benar terdapat 3 ciri seorang bapa yang derhaka iaitu:

1. Tidak memberikan nama yang baik kepada anaknya.

Ini termasuk memberi nama yang tiada makna langsung. Contohnya gabungan di antara nama ayah dan si ibu. Atau memberi nama yang mempunyai makna yang tidak elok.

2. Memilih isteri iaitu bakal ibu kepada anak ini dari golongan yang tidak baik.

Si ibu secara semulajadi adalah lebih rapat dengan si anak. Bermula daripada dalam kandungan selama 9 bulan hinggalah melahirkan, disusukan, diasuh dan dididik kebanyakkan oleh si ibu. Ikatan emosi dan sifat di antara si anak dan si ibu adalah terlalu kuat. Jadi, jika si ibu adalah seorang yang berakhlak baik, kuat semangat, sabar, maka si anak akan menjadi seorang anak yang soleh. Namun jika si ibu berakhlak buruk , maka si anak akan terdedah menjadi anak yang tidak baik. Oleh itu, bagi bakal ibu atau ibu-ibu sendiri termasuklah diri saya sendiri perlu muhasabah diri sendiri, jika ada perkara yang tidak elok pada anak kita, kemungkinan besar adalah daripada diri kita sendiri...

3. Si bapa yang tidak mengajar Al-Quran kepada anaknya

Perkara yang paling baik dan afdal adalah kita sebagai ibubapa harus sendiri mengajar Al-Quran kepada anak masing-masing. Namun jika ada halangan umpamanya tiada masa, kita boleh menghantar anak kita belajar Al-Quran dengan ustaz/ustazah tetapi sekali-sekala kita sendiri mengajar Al-Quran kepada anak masing-masing. Saya sangat bersetuju kerana dengan cara ini dapat merapatkan hubungan kita dengan anak disamping dapat memupuk rasa hormat anak kepada ibu bapa juga.

Jadi fikir-fikir dan renung-renungkan..adakah kita tergolong di dalam golongan ibu bapa yang derhaka sebelum kita labelkan anak kita anak derhaka...

Wallahua'lam...

Peringatan buat diriku jua....

Semoga jumpa lagi..Insya-Allah

The worst diet ever!!!

Info dari WebMD:

Diet yang paling buruk:

1. Diet yang fokus kepada makanan-makanan yang tertentu sahaja.

Diet seperti hanya makan sup kobis atau buah delima sahaja, diet vegetarian yang ketat atau diet yang minimakan pengambilan karbohidrat sahaja. Ini kerana setiap individu memerlukan semua jenis kumpulan makanan bagi keperluan nutrient. Diet seperti ini biasanya tidak dapat bertahan lama. Apabila seseorang makan makanan yang sama setiap hari, mereka akan menjadi bosan dan akhirnya mereka kembali kepada cara pemakanan mereka yang asal. Sudah menjadi lumrah manusia yang dibekalkan nafsu, apa-apa yang menjadi larangan, itu yang paling diingini.

2. "Detox" diets

Diet ini dijalankan dengan mengambil bahan-bahan yang dipercayai dapat membersihkan hati (liver flushes), membersihkan organ dalaman (bodily cleanses, colonics) hormone injections,

Kesemua bahan-bahan ini tidak boleh dipercayai atau "pure nonsense" dan tidak perlu sebenarnya. Tiada sebarang kajian saintifik yang boleh menyokong bahan-bahan ini. Badan kita telah dijadikan oleh Allah dibekalkan dengan hati, buah pinggang dan sistem imuniti secara natural dapat menapis bahan-bahan toksik di dalam badan kita. Bahan-bahan detox ini sebenarnya hanya mengkayakan syarikat pengeluar sahaja.

3. Diet dengan bahab seperti supplement, jus, teh hijau dan pelbagai supplement diet yang terdapat di pasaran pada masa kini.

Mereka yang ingin mengurangkan berat badan biasanya akan mencari makanan, pil atau bahan-bahan supplement yang mereka sangka dapat mengurangkan berat mereka namun tanggapan mereka adalah salah, tiada bahan ajaib seperti itu wujud sebenarnya. "No one single food or group of foods eaten together or at a certain time of day has any impact on weight loss," Be leery of any plan that recommends a shelf full of supplements, enzymes, or potions (especially if you purchase them from the diet book author or company).


4. Fasting and very low-calorie diets (like the "Skinny" vegan diet, Hollywood Diet, and Master Cleanse).

Berpuasa mengikut ajaran agama atau budaya adalah tidak salah tetapi berpuasa semata-mata untuk kurangkan berat badan sebenarnya tidak baik. Apabila seseorang berada di dalam kelaparan, badan akan menerima signal dan mengubah metabolisma menjadi rendah. Semasa berpuasa, berat yang turun adalah kombinasi daripada lemak, air dan otot tetapi berat yang bertambah selepas habis berpuasa kemungkinan pula semuanya adalah lemak semata-mata.

5. Diets that sound too good to be true (like The Weight Loss Cure 'They' Don't Want You to Know About.)

If it sounds too good to be true, it probably is. Diet plans that claim to have a "secret," that make dramatic statements against respected health authorities, or make recommendations that contradict those of scientific organizations are suspect.
There is no such thing as one size fits all when it comes to diet plans, and it's key to find one that fits your lifestyle. The best diet is one you can safely and realistically stick with for the long term, plain and simple.


Eating more fruits, vegetables, whole grains, and lean protein can help manage your appetite.

Semoga info ini berguna bagi mereka yang dalam usaha untuk kurangkan berat badan. Jangan terpedaya dengan promosi supplement bagi menurunkan berat badan yang silih berganti setiap tahun. Tiada satu pun daripada supplement ini mempunyai bukti dari segi saintifik. Jadi, jangan bazirkan duit anda dan mengkayakan syarikat-syarikat ini.

Ini nasihat/petua daripada saya sendiri untuk kurangkan berat badan:
Perkara paling penting yang seharusnya diambil adalah:

1. Kurangkan saiz makanan anda namun jangan tinggalkan sebarang nutrisi yang diperlukan. Karbohidrat, protein dan lemak masih juga diperlukan.

2. Banyakkan pengambilan buah dan sayur-sayuran.

3. JANGAN LUPA BERSENAM SEKURANG-KURANGNYA 3 KALI SEMINGGU, 30 MINIT SETIAP SESI

4. Jangan skip/tinggal breakfast. Ini kerana jika anda skip breakfast potensi anda akan makan terlebih semasa makan tengahari adalah sangat tinggi.

5. Jangan lupa, berdoa kepada ALLAH, diberikan kesihatan yang sempurna kepada diri anda dan dijauhkan daripada sebarang penyakit.

Itu sahaja buat kali ini.

Semoga jumpa lagi...Insya-Allah

PSP...BMX....Exam...

Ini nak sambung sikit cerita pasal exam Aiman...Masa exam pertengahan tahun aritu, Aiman takde nombor pun, sbb ramai lagi yang dapat lebih baik daripada Aiman. Ramai yang dapat markah 100%. Jadi, untuk exam kali ini, saya nak motivasikan Aiman supaya jawab betul-betul, saya janji untuk belikan hadiah PSP jika Aiman berjaya dapat markah 100% dalam semua subjek...dan nampaknya motivasi itu agak berjaya dan memang saya betul-betul tak sangka sebenarnya Aiman boleh dapat tempat ketiga....Tidak dapat dinafikan, saya gembira...Tapi tak dapat lar PSP, sebab tak dapat semua 100%, kami mungkin akan belikan skuter kaki untuk Aiman...

Kalau nak ikutkan saya boleh ajer belikan PSP untuk Aiman walaupun Aiman tak dapat semua 100% tapi saya nak ikut nasihat Ustaz Hasrizal, tak bagus sebenarnya kalau ajar anak hidup mewah...Tapi saya rasa kalau dia dapat PSP tu dengan usaha dia bersusah payah di dalam exam dan belajar sungguh-sunguh, saya rasa ok kot, apa pendapat anda? Lagipun pada pendapat saya, kalau dia dapat sesuatu hadiah yang berharga dengan susah payah macam exam, dia akan ingat sampai bila-bila dan akan lebih hargai barang tersebut, betul tak? Motivasi untuk belajar dan dapat nombor satu ini sebenarnya digunapakai oleh ibu saya sendiri waktu saya kecik-kecik dulu. Masa saya darjah satu, ibu saya berjanji kalau saya dapat nombor satu waktu exam akhir tahun, ibu akan belikan hadiah basikal untuk saya...Apa lagi berkobar-kobarlah semangat saya untuk belajar dan untuk dapat nombor satu. Bila cikgu nak umumkan nombor dalam kelas waktu itu saya darjah sat, cikgu kelas saya tanya; "Siapa rasa-rasa dia dapat nombor satu?" Saya tanpa rasa malu dan segan terus menngangkat tangan "Saya, cikgu"....Haha....tak malukan...dan cikgu itu macam sedikit terperanjat bila tengok saya angkat tangan, dia tak sangka kot..."A'ah betul lar, Bahiyah, awak dapat nombor satu...."Sampai sekarang saya ingat peristiwa itu..hehe...ada kawan-kawan yang cemburu. Mereka cakap sebenarnya bukan saya yang dapat nombor satu tapi sebabkan saya dah mengaku, jadi cikgu bagi saya nombor satu...hehe...Saya dapatlah hadiah basikal baru, basikal BMX warna biru muda, masih beroda tiga kerana waktu itu saya belum pandai naik basikal....Sejak dari itu, saya rasa amat seronok untuk belajar dan dapat nombor satu...Setiap tahun, saya akan dapat kalau tidak nombor satu, nombor dua sampailah saya darjah enam.....

Jadi, saya nak tanamkan semangat seronok belajar dan seronok jadi pandai kepada anak-anak saya juga...Insya-Allah saya berjaya mendidik mereka macam ibu saya mendidik saya....Insya-Allah.....

Namun, saya taknak juga terlampau memaksa anak-anak belajar...Biarlah dari kehendak mereka sendiri...Saya perhatikan, ramai murid-murid yang cemerlang, kehendak belajar adalah dari dalam diri mereka sendiri bukan paksaan ibubapa...Mereka sendiri rasa seronok belajar....

Itu sahaja buat kali ini.

Semoga jumpa lagi...Insya-Allah

Bayi menggigil...Suntikan HPV

Bayi menggigil...itu tajuk Harian Metro semalam 24/11/09, membacanya memang menyayat hati...bayi yang baru dilahir, tali pusat masih belum dipotong daripada uri ditinggalkan dalam kesejukan hujan di beranda rumah. Itu anatara kisah bayi-bayi yang dibuang oleh ibu kandung mereka sendiri...Sebelum ini juga telah terlalu banyak kisah-kisah yang hampir serupa kita baca...ada yang terselamat dan ada juga ketika ditemui telah meninggal dunia...

Sebenarnya telah lama saya ingin menyentuh isu ini sejak saya menghadiri Adolescent Conference di Hotel Shangri-La pada 28-30 Oktober yang lalu. Namun akibat kekangan masa, antara tugasan di rumah, rengekan Aqilah, saya tidak berpeluang sehinggalah hari ini. Adolescent...siapakah yang tergolong di dalam kategori adolescent/remaja? Mengikut definisi WHO, remaja adalah mereka yang berada dalam linkungan umur 10-19 tahun...di waktu ini meraka berada di dalam transisi dari alam kanak-kanak ke alam dewasa....Waktu ini merupakan waktu yang paling mencabar bagi diri remaja sendiri malah kepada kita sebagai ibu bapa, tambahan pula di abad millenium ini...Ramai berpendapat cabaran mendidik generasi kini adalah lebih tinggi berbanding dengan di waktu ibu bapa kita mendidik kita di masa lampau...

Sewaktu mengikutu konferens tersebut, melihat kepada kajian-kajian yang dijalankan, amat menggerunkan...Jika dahulu orang berpendapat, remaja di kampung-kampung lebih terlindung dari gejala yang tidak sihat nampaknya sangkaan itu tidak benar sama sekali sekarang. Kejadian mengandung luar nikah di bandar dan juga di bandar tiada beza lagi...Daripada kajian tersebut, statistik yang ditunjukkan hanyalah ibarat "iceberg" yang mana banyak lagi kes-kes yang tidak dilaporkan...

Perasaan saya sebagai pengamal perubatan sedikit sebanyak tersentuh di antara isu agama dan isu masalah sosial ini. Untuk bersetuju atau tidak. Isu ini terlampau besar...Untuk pengetahuan semua, pada masa kini KKM ingin menyarankan agar remaja yang TELAH terlibat di dalam aktiviti seks luar nikah diberikan kondom/ubat perancang kehamilan secara easy access supaya perkara seperti pembuangan bayi tidak lagi akan berlaku, di samping penyakit-penyakit kelamin seperti STD, Gonorrhea malahan HIV akan dapat dielakkan...Ini kerana jika kehamilan telah berlaku mereka akan terdedah samada dengan aktiviti pengguguran secara haram atau pembuangan bayi. Memang benar, semua para doktor malahan sesiapa sahaja mengakui bahawa kaedah terbaik adalah pencegahan aktiviti seks sebelum kahwin ini namun jika mereka telah terjebak amat sukar sekali untuk menghentikan mereka dari aktiviti ini. Apa pendapat pembaca semua? Saya sebenarnya berada di dalam dilema...Sokong atau tidak?

Untuk pengetahuan semua juga, KKM memperkenalkan suntikan HPV (Human Papilloma Virus) juga disebabkan isu ini. Bagi yang tidak tahu, kuman HPV ini boleh merebak kepada mereka yang sexually active dan berbilang pasangan. HPV ini boleh menyebabkan kanser serviks. Oleh itu, jika anda merasakan anda dan anak-anak anda dan pasangan mereka di masa akan datang tidak mungkin akan terlibat di dalam masalah sosial ini sebenarnya suntikan tersebut tidak diperlukan sama sekali oleh mereka.

Sekadar buat renungan...

Satu kajian yang telah dijalankan di sebuah universiti tempatan mendapati 50% pelajarnya terlibat di dalam aktiviti seks sebelum kahwin.

Kajian yang dijalankan di beberapa buah sekolah menengah mendapati 80% pelajar lelaki mempunyai pengalaman menonton filem lucah.

Saya tinggalkan persoalan untuk anda....

Jika anda menjadi saya, sewaktu bertugas di klinik, datang seorang remaja perempuan menyatakan dia telah mengadakan hubungan dengan teman lelaki dan meminta post coital emergency pill (pil untuk mengelakkan mengandung selepas mengadakan hubungan) daripada anda, adakah anda akan bagi atau tidak? Apakah tindakan anda seterusnya? Anda akan mengadu kepada ibu bapanya atau tidak? Adakah ini akan memburukkan keadaan. Atau anda tidak kisah, biarkah sahaja dia terus hanyut di dalam dunianya? Jika anda memberikannya nasihat supaya meninggalkan perkara tersebut, adakah anda jamin dia akan mengikut nasihat anda?Adakah anda akan dipersalahkan oleh Allah s.w.t di hari akhirat kelak?

Begitu mencabar menjadi doktor zaman sekarang.....

Itu sahaja buat kali ini.

Saya harap mendapat maklumbalas daripada anda semua...

Jumpa lagi...

Monday, November 23, 2009

Keputusan exam Aiman

Keputusan exam Aiman exam akhir tahun Tadika Krista:

BM : 92%
Maths: 98%
Mental Arithmetic : 92%
Science : 100%
English : 88%

Keseluruhan : 5A, tempat ketiga dalam kelas.

Sebenarnya saya betul-betul tak sangka Aiman boleh dapat nombor tiga kali ini. Alhamdulillah..Semoga pencapaian cemerlangnya akan berterusan sampai bila-bila....:)

Thursday, November 19, 2009

DISKRIMINASI



Minggu lepas, kami sekeluarga lepak kat rumah tengok dvd movie, tajuk Philadelphia. Filem ini filem lama sebenarnya, filem tahun '80-an lakonan Tom Hanks tapi ini first time kami tengok. Filem ini mengisahkan diskriminasi yang berlaku kepada pesakit AIDS. Pada zaman 80-an, masyarakat tidak didedahkan sepenuhnya mengenai penyakit ini. Jadi kebanyakan orang termasuklah orang yang cerdik pandai pun masih takut ianya dapat berjangkit melalui bersalaman atau duduk berdekatan dengan pengidap AIDS. Watak utama filem ini lakonan Tom Hanks merupakan seorang peguam yang handal, komited terhadap kerja dan menjadi golden boy kepada boss di tempat kerjanya. Namun apabila bossnya mendapat tahu beliau mengidap AIDS, beliau telah disabotaj dan telah dibuang kerja dengan alasan beliau bekerja tidak efisien....Jadi, beliau merasa dirinya teraniaya dan mengupah peguam untuk menyaman syarikatnya...memang menarik untuk ditonton...untuk pengetahuan semua, watak utama mendapat AIDS disebabkan oleh hubungan sesama jenis aka GAY. So, terdapat sedikit konflik antara isu diskriminasi dan masalah sosial di dalam filem ini. Filem ini diolah dengan begitu baik kerana ia tidak menggambarkan kita harus menyokong aktiviti gay tetapi pada masa yang sama kita tidak harus mendikriminasikan pesakit AIDS walau cara mana sekalipun mereka mendapatnya..Menarik dan sesuai ditonton bersama keluarga.


Selamat menonton

Sunday, November 8, 2009

Makanan yang dapat bantu anda kurangkan berat

Saya perhatikan ramai yang terbuka blog saya by searching meninggikan metabolisme. Jadi saya membuat kesimpulan ramai orang tergolong dalam usaha untuk menguruskan badan walau apa pun alasannya, saya amat mengalu-alukan mereka yang mahu berusaha. Teruskan usaha anda dan jangan berputus asa. Kepada suami saya, teruskan usaha abang, ibu memang suka kalau abang dapat kurus sikit, lagi nampak hensem dan kemas sikit dan yang paling penting, abang Insya-Allah akan sihat dan dijauhi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan masalah berlebihan berat badan...Amin...

Saya ada terbaca di WebMD, sesuatu yang agak menarik..makanan yang dapat bantu bagi sesiapa yang ingin kuruskan badan..Saya senaraikan di bawah...;

1. Telur
2.Beans
3.Salad
4.Green tea
5. Pears
6.Sup
7.Leen beef
8.Olive Oil
9.Grapefruit
10. Cinnamon
11.Vinegar
12.Tofu
13.Nuts
14.High fiber cereal
15. Hot red pepper

Mungkin bagi sesiapa yang sedang cuba nak kuruskan badan boleh amalkan pemakanan di atas...Tapi asas yang harus dipegang sampai bila-bila ialah kalau nak kuruskan badan selain kena jaga pemakanan, perkara yang paling PENTING yang tidak boleh tinggal adalah bersenam, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 20-30 minit setiap sesi.

Selamat mencuba

Itu sahaja buat kali ini

Friday, November 6, 2009

Bercuti di Kota Singa


Aiman dan Ayah posing dengan Pink Dolphin


kat depan hotel kami menginap


Aiman dan Ayah kat Merlion


Ibu n Aqilah



Kat entrance Dolphin Lagoon




Aqilah bergaya kat lobi hotel





Kat stesen MRT ke Pulau Sentosa



Bulan lepas, kami sekeluarga bercuti buat pertama kalinya ke Singapura. Buat saya, Aiman dan Aqilah, ini pertama kali kami berpijak ke Kota Singa. Suami saya pula, ini kali kedua beliau ke ke Singapura. Tujuan saya ke Singapura, nak bawak anak-anak pergi tengok Dolphin di Pulau Sentosa. Nak bawak ke Australia, kos tinggi pula lagipun saya tak pernah ke Singapura.

Di Pulau Sentosa, kami hanya sempat ke Dolphin Lagoon dan Underwater World. Bagi yang tak pernah sampai ke Pulau Sentosa, bayaran masuk ke Dolphin Lagoon dan Underwater World,dewasa S$22.90, kanak-kanak S$14.90. Pertunjukan di Dolphin Lagoon agak mengecewakan ditambah dalam cuaca yang panas. Namun terubat sikit bila Aiman dapat bergambar dengan Pink Dolphin (kena bayaran tambahan S$15). Kami sekeluarga gembira di Underwater world. Paling seronok sebab terdapat kawasan di mana kita dapat menyentuh ikan-ikan dan starfish. Tak sempat berjalan banyak memandangkan Aqilah yang sudah kepenatan dan sudah tertidur di waktu tengahari.

Antara sebab saya suka melawat negara orang lain ialah saya suka melihat budaya tempatan. Budaya positif yang diamalkan di negara orang lain sememangnya akan membuka minda dan kadang-kadang boleh menginsafkan diri yang lupa. Antara perkara positif yang saya lihat di Singapura:

1. Sewaktu saya naik MRT(macam LRT di Kuala Lumpur), apabila melihat saya mendukung Aqilah dan tidak dapat duduk, mereka yang duduk di priority seat akan bangun dan bagi saya duduk.

2. MRT di bawah tanah kebanyakkan perhentian adalah terus di pusat membeli belah. Saya bayangkan jika ini di buat di Malaysia, baguskan, mudah untuk kita pergi membeli belah.

3. Pengangkutan awam sangat efektif tidak kira MRT, bas atau teksi.

4. Saya perasan escalator mereka menggunakan kelajuan yang lebih laju. Ini mungkin kerana mereka amat mementingkan masa dan sentiasa ingin bergerak pantas.

5. Saya tidak berjumpa orang merokok di kedai-kedai makan. Mereka sangat mematuhi peraturan kerana mungkin penguatkuasaan sangat bagus. Kalau di Malaysia, walaupun diletakkan papan tanda dilarang merokok di kedai-kedai makan, papan tanda ini diletakkan macam satu syarat sahaja, perokok tetap merokok dengan selambanya.

6. Amat banyak CCTV dipasang di stesen-stesen MRT. Di stesen MRT juga ada pemantauan berkala daripada pihak berkuasa. Saya tidak terjumpa sebarang tanda vandalisme di stesen MRT.








Itu sahaja buat kali ini.

Jumpa lagi.

Tuesday, October 13, 2009

GLOBAL OBESITY

Biasanya kita dengar mengenai global warming, di mana-mana saja orang ramai memperkatakannya, namun di sebalik global warming, satu lagi fenomena yang berlaku di abad 21 ini samada kita sedar atau tidak adalah global obesity....Percaya atau tidak ianya di mana-mana sekarang, melanda seluruh dunia, USA, UK, Arab Saudi dan termasuk negara kita yang tercinta Malaysia...Ironinya kebanyakan kajian yang dijalankan mengaitkan obesiti dengan proses urbanisasi namun di Malaysia, kajian yang dijalankan mendapati orang-orang kampung yang mempunyai pendapatan RM500 ke bawah juga kebanyakkannya obes...Kenapa ye?saya tinggalkan persoalan ini untuk pembaca fikir-fikirkan...

Global obesiti...bagi mereka yang tidak percaya, cuba anda pandang sekeliling...begitu mudah untuk anda melihat orang obes pada zaman kini berbanding semasa anda kanak-kanak dahulu, betul tak? Kalau dahulu dalam satu sekolah boleh bilang dengan jari kanak-kanak yang obes, sekarang ni kita boleh lihat banyak kanak-kanak telah menjadi obes...Keadaan ini memang tidak sihat kerana kanak-kanak yang obes berpotensi untuk mendapat penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung di peringkat yang lebih awal berbanding dengan mereka yang obes setelah menjadi dewasa. Kalau dulu, seingat saya, kat kampung saya, pakcik yang obes ada 2 orang ajer, sorang kerja kerani, sorang lagi saya tak pasti kerja apa..yang pasti kedua-dua pakcik ini telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung....

Faktor gaya hidup pada abad ke-21 menjadi penyumbang besar kepada masalah obesiti di kalangan orang dewasa malahan kanak-kanak juga. Kalau dulu, ramai di kalangan orang kampung bekerja berat seperti bertani, menjadi buruh dan sebagainya. Zaman sekarang tidak lagi..Banyak di kalangan kita kerja di pejabat berhawa dingin, kebanyakan masa duduk mengadap komputer, jika mahu naik atau turun bangunan pula menggunakan lif, tidak menggunakan tangga. Di rumah pula baik yang bekerja atau surirumah telah ada kemudahan untuk membasuh baju menggunakan mesin basuh tidak lagi terpaksa memberus. Lagi satu saya rasa faktor utama penyumbang masalah ini adalah tabiat makan di luar, tidak kira samada di restoran makanan segera atau di restoran mamak atau restoran melayu.

Natijah obesiti ini adalah semua penyakit kronik dan daripada kajian yang dijalankan juga pesakit yang obes agak sukar dirawat dengan hanya menggunakan satu dua jenis ubat. Ada satu kes itu sebanyak lebih 10 jenis ubat terpaksa diambil oleh pesakit bagi merawat sakitnya namun ubat-ubatan itu masih belum dapat memulihkan dirinya ke tahap yang optimal. Masya-Allah, kesian betul kan, terpaksa makan ubat seperti makan nasi...kita tentu tidak mahu diri jadi seperti itu juga, terjejas quality of life....

Oleh itu, fikir-fikirkanlah semua....

Itu sahaja buat kali ini

Semoga jumpa lagi.Insya-Allah

Diabetes and breastfeeding

Almaklumlah saya baru balik konferens diabetes, jadi banyak info saya ingin kongsikan dengan para pembaca..kalau boleh sumer nak kongsi tapi sebab ada tu lebih kepada untuk pengetahuan para doktor jadi saya kongsikan apa-apa yang saya rasa ok untuk pengetahuan umum....

Macam yang saya bagitau kat entri sebelum ini, bayi yang lahir dari ibu yang mengidap diabetes semasa mengandung adalah berisiko tinggi untuk menjadi pengidap diabetes di kemudian hari. Namun ada berita baik juga untuk para ibu yang menyusu bayi. Mengikut kajian, bayi-bayi yang lahir oleh diabetic mother kemudian disusukan oleh ibu mereka selepas mereka lahir akan menurunkan risiko mereka untuk mengidap diabetes di masa akan datang...Masya-Allah begitulah hebatnya kuasa Allah s.w.t dan begitu indahnya Islam...perkara Allah menyuruh para ibu supaya menyusukan bayi sehingga umur 2 tahun bagi mereka yang ingin menyempurnakannya telah tertulis di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 233. Selama ini telah banyak kajian yang dijalankan akan kebaikan susu ibu ini..Nah, ini yang terbaru, susu ibu boleh mengelakkan anak-anak kita dari mengidap kencing manis di kemudian hari...Jadi, apa tunggu lagi..Bagi bakal-bakal ibu, jangan ragu-ragu lagi untuk menyusukan bayi anda, bagi yang sedang menyusu, teruskan sekurang-kurangnya sampai 2 tahun, kalau lebih lagi bagus, sampaikan berita ini kepada orang lain juga supaya mereka teruja untuk menyusukan bayi mereka!!!!

Itu sahaja buat kali ini

Semoga jumpa lagi, Insya-Allah

BABY GIANT, Diabetic mother

Mataku terpaku pada tajuk akhbar, bayi lahir 8.7kg di Indonesia...MasyaAllah, besarnya...lebih kurang sama besar dengan Aqilah, anakku yang umurnya sudah setahun. Berat Aqilah sekarang dalam 9+kg...Memang tepat telahanku ibu bayi besar ini mengalami penyakit kencing manis aka diabetes semasa mengandung....Apa reaksi anda semua bila baca berita ini? Nak lahirkan baby yang lebih besar dari inikah sebab nak catat rekod bayi terbesar di Malaysia? Jika anda terfikir sedemikian, baik anda lupakan hasrat anda....Kerana apa?Jawapannya di bawah...

Pada minggu lepas, saya berpeluang mengikuti konferens perubatan berkaitan Diabetes di Sunway Piramid Convension Centre. Antara tajuk yang disentuh adalah berkaitan Diabetes amd pregnancy. Tajuk ini amat menarik dan saya ingin kongsikan pengetahuan ini dengan para pembaca...

Perkara utama yang ditekankan adalah sebelum kita mengandung, kita hendaklah memastikan berat kita ok, maksudnya BMI (Body Mass Index) dalam linkungan 18 hingga 24. Bagi sesiapa yang tidak tahu cara bagaimana untuk mengukur BMI, begini caranya, kita bagikan berat kita dengan tinggi kita dalam meter yang dikuasakan dua seperti di bawah:

BMI = Berat
-------
(Tinggi dalam meter kuasa dua)

Obesiti sebelum mengandung dan semasa mengandung amat-amat harus dielakkan kerana banyak keburukan yang akan berlaku kepada ibu dan bayi semasa dalam kandungan.
Antaranya ibu yang obes akan terdedah mendapat diabetes semasa mengandung, tekanan darah tinggi, risiko untuk melahirkan bayi melalui cara pembedahan adalah tinggi, jika lahir melalui pembedahan, pembedahan akan mengambil masa yang panjang disebabkan kulit perut yang tebal menyukarkan dr melakukan pembedahan, bayi lahir besar, bayi tersangkut bahu semasa lahir yang mana mendedahkan kecederaan kepada bayi (sepertimana yang sering dilaporkan di akhbar).

Selain daripada itu, mengikut kajian yang dijalankan, bayi yang lahir daripada ibu yang mengidap diabetes semasa mengandung adalah berisiko lebih tinggi untuk mengidap diabetes semasa kanak-kanak atau setelah menjadi dewasa. Ini kerana genetic insulin resistant telah diperturunkan daripada ibu kepada anak semasa dalam kandungan. Kita sebagai ibu atau bakal ibu tentu tidak mahu anak-anak kita menderita di masa akan datang disebabkan kesilapan kita. Jadi, dinasihatkan kepada semua pembaca sebelum mengandung, pastikan berat badan anda ok supaya perkara-perkara yang tidak diingini akan dapat dielakkan...

Itu sahaja buat kali ini.

Semoga jumpa lagi

Insya-Allah

Thursday, October 1, 2009

puasa pertama dan raya Aiman

Tahun ini tahun pertama Aiman belajar puasa...alhamdulillah Aiman dapat puasa penuh sebanyak 21 hari, saya kira satu permulaan yang baik...lebih baik jika dibandingkan dengan diri saya sewaktu kecil..seingat saya sewaktu saya umur 6 tahun, waktu mula-mula belajar puasa banyak yang separuh hari jer, lepas tu, masa tu kalau yang separuh hari saya akan campur separuh, jadi saya akan kira satu hari...:)...haha...kuat semangat juga anak saya Aiman ini...dah bertambah kuruslah badannya yang sudah kurus...hari raya tahun ini semua seluar jeans, pinggang longgar, kena pakai belt....

Rupanya banyak beza perkembangan Aiman masa 6 tahun berbanding masa umur dia 5 tahun...Kadang-kadang terlintas di fikiran saya, sekejap ajer dah besar anak saya yang manja dulu...:)...Perbezaan yang ketara ialah dulu masa 5 tahun, macam tak faham duit raya, duit raya main campak ajer merata-rata, tahun ini sibuk suruh saya kira berapa banyak duit raya yang dia dapat...kalau masa 5 tahun, tak pandai pergi beraya sendiri ke rumah orang, sekarang ini, Aiman yang jadi ketua kenkawan dia kat taman perumahan kami pergi beraya ke rumah orang...Macam cute aje bila dengar dia cakap...Assalamualaikum, kami datang nak beraya....
Kuih kegemaran Aiman memang tak sama dengan kanak-kanak lain rasanya...Dia suka makan kuih tradisional macam kuih bawang, kuih loyang aka kuih bunga ros, kalau suami saya panggil kuih sarang tebuan dan dodol....

Yang paling lucu, sibuk ajer dia nak bagitau sepupu-sepupu dia jumlah duti raya dia dan masa pergi beraya di rumah saudara mara sebelah suami di Kuala Lumpur pun sama juga. Jadi suami saya cakap dekat Aiman, jangan bagitau orang nanti orang curi duit Aiman bagi mengelakkan dia ulang perkara yang sama...

Tapi satu saya nak puji anak saya ni (jgn marah yer), dia tak pernah merungut berapa duit yang diberikan oleh orang lain kepada dia walau berapa nilanya...Saya paling terperanjat dengan sorang budak ni, waktu saya baru balik kerja kelmarin diorang datang untuk beraya...Belum melangkah lagi ke dalam rumah kami, siap boleh cakap lagi,

"taknak duit seringgit, seringgit mana cukup, saya nak 3"

So, suami saya buat lawak, "Kamu nak 30 sen yer"

"Bukan 30 sen lar, tapi 3 ringgit"

Siap boleh demand lagi...Saya rasa kanak-kanak perlu dididik supaya tidak materialistik, bahaya jika perangai begini tidak dibetulkan...Sebab itu saya pernah baca di ruangan ustaz zaharuddin mengenai pro and con mengenai pemberian duit raya. Salah satu sebab con adalah takut-takut mendidik anak-anak menjadi materialistik...Jadi ibubapa kena bertanggungjawab mengenai perkara ini. Kalau suami saya waktu dia kecil, maknya selalu pesan, kalau pergi beraya ke rumah orang, terima ajer aper yang orang bagi, jangan merungut, orang bagi duit tu niat sedekah, kalau tak bagi pun takpe....Dia ingat sampai sekarang....

Jadi, kepada para ibubapa, kena pesan kat anak-anak jangan lupa yer...Kalau anak-anak buat perangai demand macam ni yang malu kita juga nanti....

Itu sahaja buat kali ini.

Semoga jumpa lagi...

hari raya...sakit mata

Dah lamer benor tak berblogging..hehe..dah berhabuk dah nasib baik lum bersawang...cuti raya 10 hari, memang best...balik kampung, takyah kejer, setiap masa ngan family, memang hepi...

Raya tahun ni tak dapat melawat banyak rumah sedara mara di kampung saya sebab kami satu family kena sakit mata aka conjuctivitis...Seingat saya dah lamer saya tak pernah kena sakit mata, paling last masa kecik2 dulu rasenyer. Sepanjang hampir 8 tahun jadi Dr pun tak pernah terjangkit dengan patient yang datang sakit mata tapi kali ini satu family besar kena penangan sakit mata ni...Ya Allah memang betul-betul sakit jangkitan kali ini...berdenyut-denyut, asyik meleleh jer air mata ni, paling perit bila sujud waktu sembahyang, rasa macam nak tercabut jer mata...Masya-Allah, memang sakit...Satu family besar terkena jangkitan ini, dari atuk, nenek semua kena, banyak yang dewasa kena jangkitan teruk, alhamdulillah Aiman dan Aqilah kena yang mild, mungkin berkat susu ibu, so Aqilah dapat antibodi dari saya semasa menyusu, lega rasa sebab si kecik kena sikit ajer, kalau tidak kesian dia, Allah tu memang adil...:).
Punca sakit ini dari anak sedara sulong sebelah suami, dia berjangkit dari ustazah di sekolahnya. Masa hari last diorang bersalam-salamman dengan guru, so masa tu lar saya rasa jangkit ni... Memang kita sebenarnya ada tabiat sentuh mata dan hidung kita tanpa sedar, sebab itu sakit mata ini berjangkit...Yang budak-budak di kampung pula berjangkit dengan sebab diorang pegang remote tv yang sama, main laptop suami saya, diorang main game, bila pegang keyboard tu pastu pegang mata lak, tu yang jangkit...

Saya hari ini baru rasa ok skit selepas 9 hari kena sakit mata ni....Kalau boleh dijauhkan kami lagi dari sakit mata ini. Sekarang ini barulah faham macamana rasa sakit orang sakit mata lepas diri sendiri kena...:)

Wednesday, September 16, 2009

Nostalgia...

Hari ini hari ke-27 kita berpuasa...Kalau masa kecil-kecil dahulu, malam tadi adalah malam tujuh likur. Masa saya kecil, malam tujuh likur, saya dan kawan-kawan akan pasang tanglung di rumah masing-masing, adakalanya membawa tempurung yang dimodified sambung dengan kayu, jd mcm ala-ala kereta sorong dan kemudiannya diisi dengan lilin, kemudian kami akan berjalan ramai-ramai keliling kampung...tu dalam ingat-ingat lupa memori saya dulu-dulu...

Bagi lagu raya pulak, masa zaman 80-an dulu kawan-kawan ingat tak, lagu apa yang popular selain dari lagu yang biasa? Saya masih ingat, lagu yang popular waktu itu semestinya lagu Raya EON nyanyian gandingan Jamal Abdillah dan siapa ye penyanyi pompuan saya tak ingat pulak..hehe...Saya memang hafal lagu ini, tiap kali lagu ini keluar kat tv mesti saya mesti excited dan akan nyanyi sama-sama...:)... saya masih ingat lagu ini sampai sekarang...:)...Bagi sesapa yang tak ingat lagu tu, ni saya tulis kat bawah...

Hari Raya, Hari yang mulia
penuh bererti kepada kita

Tua muda miskin dan kaya
Menyambutnya dengan gembira

Kunjungi teman sanak saudara
Bersama gembira di hari raya

Salah dan silap kiranya ada
Bermaafan sesama kita
Ucapan selamat hari raya
Dari EON untuk semua....


Salam Aidilfitri dari saya untuk semua...
Balik kampung memandulah dengan berhemah
Jangan memotong barisan...:)
Nanti buat orang bengang
Pahala puasa akan kurang....:)

Itu sahaja buat kali ini

Jumpa lagi

Sunday, September 6, 2009

NASI HUJAN PANAS

Hujung minggu baru ini dalam duk berfikir-fikir nak masak ape, cik abg mintak saya masak nasi minyak...Sejujurnya saya belum pernah buat...hehe...tapi ibu saya setiap kali musim raya, inilah juadah yang akan dibuat oleh ibu saya, tapi sekarang ibu saya tidak dapat buat lagi selepas kena serangan stroke 9 tahun lalu...Sedih, teringat-ingat kesedapan masakan ibu dahulu...sekarang ini bila tiba musim raya, kakak saya akan mengambil tugasan ini untuk memasak nasi minyak n gulai ayam terengganu n ayam masak merah n acar timun....

Lalu saya pun mencuba membuatnya menggunakan resepi turun temurun ibu saya, alhamdulillah menjadi....suami saya lak cakap lagi sedap dari yang kakak saya buat (suami saya tak pernah rasa masakan ibu saya kerana semasa kami kawin, ibu dah sakit)..hehe, puji lebih lak die....tapi memanglah seronok...Di bawah saya sertakan resepi nasi minyak turun temurun, kalau letakkan pewarna jadilah nasi hujan panas...

Nasi hujan panas

Bahan-bahan:

7 cawan beras (anggaran 1 kilo beras)- dibasuh
3/4 marjerin
1 sudu minyak sapi
2 biji bawang besar yang sederhana besar (kalau yang besar sangat sebiji dah cukup)- dimayang
1 biji bawang putih ditumbuk
rempah 4 sekawan-cengkih, bunga lawang, buah pelaga n kayu manis
1 cawan susu cair
air - 7 cawan (sama sukatan dengan beras)
pewarna merah n kuning- jika nak buat nasi hujan panas
daun pandan
garam

Cara-caranya
1.Panaskan marjerin dan minyak sapi
2. Tumiskan rempah 4 sekawan
3. Bila dah wangi rempah tersebut, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan
4. Masukkan nasi, susu cair, air, secubit garam dan daun pandan
5. Jika guna rice cooker, pindahkan periuk ini ke rice cooker dan tekan on
6. tunggu hingga nasi agak kering, sampai air tiada, baru buatkan lubang pada nasi dan titikkan pewarna tapi jangan gaul dahulu
7. Tunggu hingga nasi masak dahulu baru gaulkan nasi yang telah dititikkan pewarna

Dah siap.....

Gulai ayam

bahan-bahan;

Ayam- 6 ketul kalau nak lebih pun boleh
2 biji kentang
rempah 4 sekawan
10 ulas bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-dikisar
1 inci halia-dikisar
1/2 inci lengkuas- diketuk
Cili kering yang dikisar atau cilil boh
Rempah gulai cap bunga ros kalau tiada boleh guna rempah adabi
Asam jawa
Gula merah
Kerisik
Santan
Air

Cara-caranya
1. Tumis rempah 4 sekawan
2. Apabila wangi, tumis bahan yang dikisar(bawang merah, bawang putih, halia) dan juga lengkuas yang diketuk
3. Apabila sudah kekuningan tumiskan cili boh hingga pecah minyak
4. masukkan rempah yang telah dibancuh (saya guna 1/2 bungkus rempah adabi, lagi sedap kalau guna rempah cap bunga ros, tapi susah nak dapat kat KL)
5. apabila bangkit bau, masukkan ayam dan kentang
7. Masukkan air asam jawa
6. masukkan sedikit air dan santan pekat (anggaran kalau guna santan kotak, dalam 3/4)
7. Masukkan garam secukup rasa, gula merah(lagi sedap kalau guna nisan)
8. Kacau sekali sekala hingga masak
9. Akhir sekali, apabila ayam dan kentang sudah empuk, masukkan kerisik

Sudah siap. Selamat mencuba.....

Wednesday, September 2, 2009

BERHENTI LAH MEROKOK

Saya mengambil kesempatan ini untuk berseru kepada perokok-perokok semua untuk BERHENTI MEROKOK....Dan bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan, pohonlah kepada ALLAH s.w.t untuk memberi kekuatan kepada anda semua untuk terus berhenti merokok...

Bagi yang belum tahu, ulama telah mengeluarkan fatwa bahawa rokok adalah HARAM di sisi ISLAM, ini bermakna rokok telah duduk sebaris dengan arak dan dadah yang mana hukumnya HARAM....Jadi, apa ditunggu lagi, tepuk dada tanyalah IMAN....

Tiada satu kajian pun baik di Timur atau di Barat mendapati ada kebaikan dengan MEROKOK. Semua kajian mendapati bahawa banyak kerosakan yang akan terhasil akibat tabiat ini bukan sahaja kepada individu yang merokok malahan orang sekelilingnya terutama isteri dan anak-anak yang akan menjadi "passive smoker". Sebenarnya "passive smoker"akan menerima impact yang besar juga daripada asap rokok ini....

Teringat saya sewaktu saya bertugas di Hospital Kuala Lumpur...pesakit with COPD (Chronic Obstuctive Pulmonary Disease) iaitu peparu pesakit ini telah rosak akibat tabiat merokok....Merokok akan menyebabkan peparu menjadi keras dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Sifat peparu yang asal adalah kenyal, oleh itu ia mudah untuk mengembang dan menguncup apabila manusia bernafas...Bagi pesakit kronik ini, akibat peparu mereka sudah keras, mereka akan mengalami kesukaran bernafas. Pemakaian inhaler kadang-kadang tidak lagi dapat membantu mereka ini. Jadi, mereka kerap masuk ke wad...Sekejap-sekejap jumpa lagi pakcik ini dalam wad...Dan perkara yang paling saya tidak dapat lupakan adalah, waktu mereka nak kencing pun, mereka tercungap-cungap untuk bernafas aka semput, apatah lagi untuk berjalan dan melakukan aktiviti lain...Masya-Allah teruknya akibat merokok ini....

Untuk para perokok, jika anda tidak sayangkan diri anda dan merasakan anda tidak mungkin akan mendapat akibat yang buruk daripada merokok, sayangilah isteri dan anak-anak anda, mereka juga akan menerima bahana perbuatan anda....

Sebenarnya tiada alasan lagi untuk anda terus mereka kerana sudah jelas ianya HARAM di sisi ISLAM....Saya berseru sekali lagi BERHENTI MEROKOK untuk kesejahteraan dunia dan akhirat...

Wallua'lam....

Tuesday, September 1, 2009

BERSEDEKAHLAH.....

Rasulullah s.a.w bersabda "Bersedekahlah walaupun separuh biji tamar"
Ini antara kandungan khutbah Jumaat yang dihadiri oleh suami saya baru-baru ini...

"Maknanya, orang miskin pun boleh bersedekah"
"Bukan bermakna tunggu apabila kita dah kaya, dah banyak duit baru kita nak mula bersedekah"
"Sedekah ini merupakan amalan yang perlu disemai"
"Bulan yang paling berkat untuk bersedekah adalah Bulan Ramadhan, ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah s.w.t adalah berlipat ganda"
Itu antara ungkapan suami saya dan saya bersependapat dengannya...

Suami saya menceritakan bahawa beliau dilatih oleh ayahnya untuk bersedekah sejak kecil lagi. Setiap kali menghadiri sembahyang Jumaat, ayahnya akan bersedekah walaupun hanya 20sen nilainya...amalan ini terlekat dijiwa suami saya sehingga hari ini. Kami juga cuba melatih Aiman untuk suka bersedekah. Jika singgah di masjid, kami bagi duit kepada Aiman untuk dimasukkan ke tabung masjid sedari dia berumur 2-3 tahun lagi.

Saya berpendapat amalan bersedekah ini memang perlu dilatih kepada anak-anak kita sejak kecil lagi. Islam juga telah melatih umatnya untuk bersedekah seperti sabda Rasulullah s.a.w dan juga ditawarkan ganjaran yang besar di bulan Ramadhan. Sememangnya sifat manusia tidak suka berkongsi apa yang ada pada diri mereka sedangkan secara hakikatnya semua rezeki itu datang daripada Allah s.w.t. Oleh itu bagi mengikis sifat kedekut dan mementingkan diri sendiri, Islam menganjurkan amalan bersedekah.

Sewaktu Rasulullah s.a.w mengalami Israk dan Mikraj juga, Baginda ditunjukkan dengan tamsilan (bayangan) orang yang sedang memotong tanaman, apabila dipotong, tanaman itu tumbuh lagi, dipotong, tumbuh lagi dan begitulah seterusnya. Apabila baginda bertanyakan kepada Jibril apa maksud tamsilan tersebut, Jibril menjawab itulah dia manusia yang semasa hidupnya suka bersedekah, apabila mereka bersedekah, Allah tambahkan lagi rezeki kepada mereka tanpa mereka duga. Betapa tingginya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita hambanya, rezeki diberikan kepada kita, kemudian disedekahkan dengan ikhlas, dapat ganjaran pahala dan ditambahkan lagi rezeki kepada kita dan ganjaran yang paling hebat akan diberikan kepada kita tentulah Syurga yang diidamkan oleh semua manusia...Masya-Allah

Oleh itu, marilah kita mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk bersama-sama bersedekah, menanam dan menyemai amalan ini di dalam hati kita dan Insya-Allah diteruskan lagi di bulan-bulan yang lain....Jangan bagi alasan kita pun susah dan tidak mampu bersedekah. Bukan perlu bersedekah ribuan ringgit, bersedekahlah mengikut kemampuan kita....Insya-Allah ada keberkatan dari amalan kita yang ikhlas...

Wallahu'alam....

Monday, August 31, 2009

SELAMATKAH MENYUSUKAN BABY SEMASA MENGANDUNG???

Selamatkah kalau kita meneruskan penyusuan setelah disahkan hamil?

Ada effect tak pada baby dalam kandungan jika kita meneruskan penyusuan?

Boleh gugur ke kandungan kalau kita still lagi menyusu?

Baby dalam kandungan akan dapat membesar dengan ok ke tidak?

Itu antara soalan-soalan yang bersarang di minda seorang ibu atau ditanyakan kepada orang sekeliling apabila beliau disahkan mengandung namun anak yang ada masih belum berpisah atau putus susu atau wean off.

Kalau ditanyakan kepada orang tua-tua sememangnya mereka menyuruh dihentikan penyusuan tersebut walaupun kelihatan kejam kepada anak yang menyusukan kerana mereka belum bersedia untuk wean off...

Kalau ikutkan pandangan Pensyarah saya Pakar Sakit Puan di HUKM dahulu, mereka menyatakan selamat untuk meneruskan penyusuan tersebut. Penyusuan tidak akan menyebabkan keguguran dan juga kekurangan nutrisi/khasiat kepada bayi yang dikandung.

Satu artikel di babycenter yang saya baca baru-baru ini menarik perhatian saya.
Ternyata memang meneruskan penyusuan sewaktu mengandung adalah SELAMAT.

Memang betul sewaktu kita menyusu, hormon oxytocin akan dikeluarkan namun jumlah hormon yang dikeluarkan adalah pada kadar yang amat sedikit berbanding kadar yang dikeluarkan bagi rahim mengecut/contraction semasa ibu bersalin. Oleh itu memang jelas bahawa penyusuan tidak akan menyebabkan KEGUGURAN atau premature labour (bersalin tak cukup bulan).

Mengenai isu kekurangan zat kepada bayi yang dikandung juga tidak usah dibimbangkan...Ini kerana badan manusia ini diciptakan oleh Allah s.w.t memang amat ajaib sepertimana kejadian susu ibu itu sendiri, diwaktu musim panas, susu akan lebih cair bagi menghilangkan dahaga bayi manakala diwaktu musim sejuk/hujan susu akan menjadi lebih pekat bagi menghilangkan kelaparan bayi, begitu juga sewaktu ibu menyusukan sewaktu hamil, badan akan maintain kesihatan ibu, bayi dikandung dan juga susu kepada bayi yang disusukan. Ibu ini akan mudah terasa lapar, jadi jangan risau untuk makan lebih kerana badan anda sememangnya memerlukan khasiat tersebut.

Namun begitu, sewaktu mengandung, terdapat perubahan yang dialami oleh ibu tersebut seperti puting akan merasa lebih sakit/sensitif, bekalan susu akan berkurangan sedikit dan rasa susu juga akan berlainan sedikit. Kemungkinan perubahan yang berlaku throughout pregnancy ini menyebabkan anak akan wean off sendiri penyusuannya. Namun jika anak masih belum bersedia berhenti dan masih ingin terus menyusu, tiada salahnya untuk anda meneruskan penyusuan...TERUSKANLAH TANPA RAGU-RAGU...

Bagi isu colustrum pula, ibu-ibu jangan risau, si kakak atau si abang akan ambil colustum tersebut sebelum baby kerana dah bagi masa mengadung...Untuk pengetahuan ibu-ibu, colustrum terhasil pada hari 1-5 kelahiran bayi, jadi JANGAN RISAU....

Sesetengah ibu percaya bahawa penyusuan semasa mengandung akan membolehkan bayi dalam kandungan dan si kakak/si abang akan jadi lebih rapat nanti..

Itu sahaja buat kali ini..

Semoga memberi manfaat...

Jumpa lagi..Insya-Allah

Tuesday, August 25, 2009

KUIH KUDUS dan ilmu yang bermanafaat

Masa hari pertama puasa berkebetulan hujung minggu. Jadi dapatlah saya masak kuih..Bilamana bertanyakan suami saya kuih apa yang dia ingin makan, suami saya jawab dia nak makan kuih berasaskan tepung..memang suami saya suka makan kuih berasaskan tepung seperti donat, karipap, murtabak. Saya pun berfikir-fikirlah apa lah kuih yang boleh saya hidang yer..kuih tradisional Terengganu berasaskan tepung...:)

Kuih untuk juadah berbuka puasa sewaktu saya kecil

Sewaktu saya kecil, ibu saya biasa selalunya menghidangkan bubur atau pengat di bulan puasa, sebagai contoh bubur caca, bubur pulut hitam, pengat pisang, bubur kacang. Ayah saya memang suka makan pengat. Ibu akan susun mangkuk yang bertutup (mangkuk ini selalu dapat hadiah beli sabun PUTERI masa saya kecil-kecil dulu) di atas talam dan diletakkan di atas meja. Selain daripada itu ibu selalu juga buat onde-onde dan kuih puteri mandi. Kuih yang ibu tidak pernah buat tapi kami akan beli ialah nekbat, ketupat daun palas dan pulut panggang....

Kuih di hari pertama puasa 1430H

Setelah berfikir-fikir, saya baru teringat apa kuih tradisional terengganu berasaskan tepung yang suami saya suka..Ya, kuih kudus...Dan beliau bersetuju dengan cadangan ini. Untuk pengetahuan, saya sebenarnya tidak pernah buat kuih kudus ini. Ibu saya juga seingat saya tidak pernah buat kuih ini juga...Nasib baik dengan zaman teknologi yang ada pada zaman ini saya pun menggooglelah resepi kuih ini dan saya tidak dihampakan, memang ada resepi ini di internet..Alhamdulillah. Resepi ini saya dapat dari sini
Petang itu dapatlah saya menghantar sedikit juadah kuih kudus kepada jiran-jiran saya...Alhamdulillah, dapat juga si pemberi resepi ini pahala ilmu yang bermanafaat.
Oleh itu, buat pembaca yang pandai memasak, jangan kedekut untuk memberi resepi kepada orang lain dan lagi elok kalau didownload kat internet, lagi banyak orang yang akan dapat manfaat. Saya memang tidak bersetuju dengan tradisi orang-orang tua kita yang mana mereka berpegang bahawa resepi turun temurun tidak akan diberitahu kepada orang lain..rahsia katanya..lagi satu orang-orang tua dulu-dulu percaya jika diberikan ilmu tanpa sebarang cengkeram, si pemberi ilmu akan hilang skill membuat masakan atau kuih yang dikuasainya...Ini kepercayaan karut atau mitos yang harus dibuang....Bagi saya jika kita memberi resepi, is a part of knowledge...so, jika mana-mana ilmu itu memberi manfaat, pahalanya akan terus mengalir dan juga ilmu yang bermanafaat adalah di antara 3 perkara yang menjadi peneman kita setelah kita mati.

"Apabila mati seorang anak Adam itu, semua perkara tidak lagi dapat menyelamatkannya kecuali tiga perkara iaitu:

1. Anak yang soleh
2. Ilmu yang bermanafaat
3. Sedekah jariah

Wallahua'lam...

Monday, August 24, 2009

AIMAN, bangun sahur nak...

Aiman tahun ini dah enam tahun. Tahun ini kami akan melatih Aiman berpuasa. Umur 6 tahun dikatakan umur yang paling sesuai untuk melatih kanak-kanak untuk berpuasa. Untuk menaikkan semangat Aiman untuk berpuasa, saya berjanji akan bagi duit raya sebanyak RM50 dan suami saya pula RM30 jika Aiman puasa penuh tahun ini.

Hari Pertama Aiman Berpuasa

Saya bangun untuk memanaskan nasi dan memasak lauk jam 4.30 pagi. Dalam pukul 5.15 pagi, saya naik mengejutkan suami untuk bersahur dan menyuruh suami saya mengangkat Aiman bagi mengelakkan si kecil terjaga kerana bising.

“Lar, Aqilah pun bangun jugak..” Saya melihat suami saya mendukung Aqilah turun bersama-sama dengan Aiman.

Rupanya Aiman meronta ketika ayahnya mahu mengangkatnya macam mengigau menyebabkan Aqilah terjaga.

Di ruang tamu , Aiman sambung pula tidur di sofa di kala kami bersahur.…

Berkali-kali dikejutkan namun Aiman tetap tak boleh bukak mata…kesian pula saya lihat dirinya yang amat mengantuk.

Pukul 6.30 pagi baru Aiman bangun dan bersahur…Takpe lar, cubaan pertama berpuasa, lambat sikit bersahur pun takpe…

Di kala jam menunjukkan pukul 1.00 tengahari….”Aiman lapar..”

“Sabar yer, macam tu lar orang berpuasa, nanti banyak dapat pahala.”

Bagi melekakan Aiman, saya membenarkannya dengan bermain computer game. Di zaman Rasullulah sendiri bilamana mereka mengajar anak-anak kecil berpuasa, mereka melekakan kanak-kanak ini dengan bermain. Kaedah ini memang amat berkesan kerana kanak-kanak kebiasaannya tidak akan ingat makan apabila bermain.

Jam 5.30 petang…”Ibu, Aiman lapar”

“Kejap jer lagi nak berbuka…sabar yer, nanti rugi kalau Aiman berbuka sekarang”

Jam 7.00 petang…”Ibu, dah pukul tujuh, dah boleh berbuka ker?”

“Belum lagi, nanti jarum panjang tu dekat nombor lima, baru boleh berbuka”

“Ibu, Aiman rasa nak muntah”

“Sikit jer lagi Aiman. Nanti ayah bawak Aiman naik motor pusing taman” membawa anak naik motor sebelum berbuka puasa merupakan tradisi keluarga suami saya. Sewaktu suami saya kecil, bilamana petang, di waktu di mana rasa lapar yang amat kritikal bagi kanak-kanak, ayah suami saya akan membawanya pusing keliling kampung dengan menaiki motor bagi melekakan dirinya sementara menunggu waktu berbuka puasa….

“Aiman dah tak larat nak berjalan”

“Takpe..biar ayah dukung Aiman naik motor”

Petang itu, kami berempat naik motor keliling taman perumahan.

“Nanti, masa berbuka, Aiman makan kurma dulu yer, kemudian minum air masak, lepas tu baru boleh minum milo ais” saya memberitahu Aiman sewaktu sedang menaiki motor.

“Kenapa Ibu”

“Sebab kurma bagi tenaga untuk Aiman, kalau terus minum ais, nanti badan Aiman jadi lemah”

“Ok, Ibu…”

“Kecik betul taman perumahan kita ni yer, kejap ajer dah abis pusing satu taman”ujar suami saya.

Bagi menghabiskan waktu, kami pusing taman sebanyak 3 kali petang itu…

“Allahuakbar..Allahuakbar…”kedengaran azan daripada TV1…
Perkara pertama yang Aiman makan untuk buka puasa hari itu ialah Kit Kat…Dia tak tahan lagi untuk makan Kit Kat selepas membelinya di kedai runcit petang tadi….Kemudian baru Aiman makan kurma dan air masak seterusnya makan nasi...
“Alhamdulillah, Aiman berjaya puasa penuh hari ini.”

Wednesday, August 19, 2009

PUASA DAN BREASTFEEDING

Alhamdulillah lagi 2 hari Insya-Allah, kita umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan di mana pintu Syurga akan dibuka, pintu neraka akan ditutup dan semua syaitan dan Iblis akan diikat. Bulan yang penuh keberkatan. Saya pasti semua akan bersemangat untuk pergi menunaikan Solat Tarawikh Jumaat malam Sabtu nanti...:)

Dengan kedatangan bulan puasa ini, mungkin timbul kebimbangan di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak, bolehkah mereka menyusukan baby dan adakah susu yang akan dihasilkan akan berkurangan...Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali ke-6 saya akan berpuasa di samping menyusukan anak saya...Ya, 4 tahun selama menyusukan Aiman dan ini tahun kedua berpuasa menyusukan Aqilah...Alhamdulillah, selama 6 kali menempuh Ramadhan, berpuasa dan menyusukan anak, Allah masih beri kekuatan pada saya untuk meneruskan setiap kali berpuasa dan tidak menjejaskan tugasan saya untuk menyusukan anak saya. Alhamdulillah anak tidak kelaparan dan tidak dehydrated. Tekadkan dalam hati untuk terus menyusukan anak dan berpuasa. Insya-Allah keajaiban yang anda tidak akan sangka akan berlaku, Allah akan bantu mereka-mereka yang ikhlas dalam melakukan ibadah kepada -Nya. Anda akan dapati diri anda masih lagi dapat berpuasa sepertimana orang lain berpuasa dan dapat menyusukan bayi anda juga, dan bayi anda tidak akan kelaparan...Kena yakin...Sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Hukum puasa kepada ibu menyusukan

1. Jika ibu yang menyusukan anak rasa teramat letih dan tidak mampu untuk berpuasa, Islam tidak melarang untuk anda tidak berpuasa. Tetapi nanti anda kena ganti puasa berkenaan.

2. Jika anda tidak berpuasa kerana risaukan anak tidak mendapat susu secukupnya semasa anda berpuasa yakni takut kesihatan anak terjejas, anda dibenarkan untuk tidak berpuasa. Namun nanti anda harus menggantikan puasa dan juga membayar fidiah kerana anda tidak puasa kerana risaukan kesihatan anak.


Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu yang menyusu semasa berpuasa di bulan Ramadhan bagi memastikan dapat meneruskan ibadah puasa. Sebenarnya ianya tidak ada beza dengan bulan-bulan lain, cuma yang berbeza ini dilakukan pada waktu malam. Ini juga sebenarnya harus dipraktikkan oleh individu-individu lain bagi mengelakkan keletihan di bulan Ramadhan.

1. Jangan lupa bersahur. Jika boleh lewatkan sahur dan dalam Islam sendiri pun melewatkan sahur akan mendapat banyak pahala.

2. Pastikan mengambil air yang banyak di waktu malam. Kalau pergi sembahyang tarawikh, bawak air mineral atau jus buah-buahan, jadi boleh minum in between sembahyang.

3. Makan makanan yang berkhasiat mengandungi semua bahan iaitu karbohidrat, protein dan juga sayur-sayuran. Buah-buahan juga akan menjadi sumber bagi air dalam badan.

4. Jangan makan makanan rapu.

5. Elakkan pengambilan kopi. Ini kerana kafein akan merangsang pengeluaran air dari badan.

6. Ambil supplement multivitamin pada waktu malam jika merasakan badan kepenatan.


Selamat berpuasa kepada semua pembaca. Semoga kita dapat menempuh puasa tahun ini dengan sempurna. Kepada ibu-ibu yang menyusu, berdoa dan terus berdoa agar susu kita akan maintain banyak dan kita akan dapat meneruskan puasa kita tanpa sebarang masalah. Semoga kita dapat memanfaatkan kedatangan Ramadhan kali ini. Insya-Allah.

Tuesday, August 18, 2009

TABUNG SUSU AKA BANK SUSU

Pernah dengar tak mengenai tabung susu? Saya sebenarnya first time dengar. Rupanya ianya sudah lama dipraktikkan di negara Eropah. Bank ini mengumpulkan susu daripada ibu-ibu yang sudi mendermakan susu mereka macam orang derma darah. Di negara Eropah, mereka memang mempraktikkan pemberian susu ibu kepada bayi-bayi yang premature di NICU. Pemberian susu ibu kepada bayi ini dapat memberi kesan yang positif kepada pembesaran dan kesihatan bayi dalam jangkamasa yang cepat. Sememangnya susu formula sudah ditolak di negara-negara ini.

Apa hukum dalam agama Islam mengenai bank susu...

Sewaktu saya mendengar mengenai perkara ini timbul persoalan mengenai hukum...Macamana nanti? Kalau didermakan, nanti banyak pula yang akan jadi anak susuan saya? Saya mendapat jawapan ini daripada kawan saya. Hukum ini berdasarkan fatwa daripada Dr.Yusuf Qardawi seorang ulamak yang tersohor. Saya simpulkan jawapannya kerana jawapan yang diberikan amat panjang lebar dan dalam bahasa Indon selepas diterjemah daripada bahasa Arab.

Jawapan...

Hukum bank susu adalah harus. Untuk seseorang bayi itu menjadi anak susuan adalah hanya melalui direct feeding iaitu menyusu terus daripada payudara. Jika susu tersebut telah diperah dan dipindahkan ke dalam botol, bayi yang menyusu susu tersebut tidak akan menjadi anak susu kita.

Jawapan ini membuka minda saya bahawa perkara ini boleh dilaksanakan dan tiada halangan dari sudut agama...

Itu sahaja buat kali ini.

Semoga memberi manfaat buat semua.

Wednesday, August 12, 2009

KERABU MANGGA

Pokok mangga di depan rumah kami tahun ini banyak pula berbuah, dalam 20 biji, ...Tak silap saya ini kali ke-4 pokok mangga yang kami tanam 4 tahun lalu berbuah, masa pertama kali berbuah sebiji ajer buahnya dan selepas itu kalau ada pun tak sampai lar 10 biji, tahun ini banyak pula...Alhamdulillah. Dua minggu lepas kami dah petik sikit dan peram, bagi sikit kat pengasuh Aqilah dan saya juga bawa ke pejabat untuk teman-teman merasa...

Hujung minggu hari itu kami ke GIANT, sewaktu lalu di tepi restoran Thai, suami saya cakap nampak macam sedap kerabu mangga dan mencadangkan saya membuatnya di rumah...Jadi, semalam saya pun cuba-cuba buat kerabu mangga hasil tanaman kami...:)

Resepi kerabu mangga saya

1 biji mangga yang belum masak
bawang merah
cili padi
udang kering
garam

Cara-caranya:
1. Racikkan buah mangga. Gaulkan dengan sedikit garam.
2. Mayang bawang merah dan cili padi
3. Udang kering digoreng dan kemudiannya ditumbuk.
4. Gaulkan semua bahan. Dah siap. Mudah bukan.
**Jika tidak suka udang kering, boleh gantikan dengan ikan goreng yang diperisikan...

Makan malam tadi, suami saya tambah nasi dua kali sebab penangan kerabu mangga ini.

"Rosak lar program diet abang malam ini, dah sedap sangat, tak boleh tahan" komen suami saya...


Itu sahaja buat kali ini.

Semoga jumpa lagi. Insya-Allah

Tuesday, August 11, 2009

MEWARNA RAMBUT

Mata saya tertumpu kepada seorang budak perempuan di taman permainan kawasan rumahku sewaktu membawa Aqilah bermain di taman. Aku memang kenal budak ini tapi kali ini sesuatu yang berbeza pada rambutnya. Aku perhatikan betul-betul...Ya memang sah, rambutnya ada jalur warna merah...Aku mendekatinya yang duduk bermain diperhatikan bibiknya. Aku menyapa bibiknya. Bibik ini antara bibik yang aku perhatikan baik dan selalu melayan budak ini macam anaknya sendiri, berbeza dengan bibik-bibik yang lain di taman.

"Dia warnakan rambut ye bik"...

"Iya, tapi bukan saya yang buat ibuk, mak dia. Atuknya marah bila tengok. Atuknya tanya kenapa bibik pergi warnakan rambut cucunya. Mana saya berani. Ibunya bawa dia pergi salun warnakan rambut ini. Kesian, sekarang ini rambutnya banyak yang gugur"

Seorang bibik lain datang menyampuk..."Takpe lar...cantik rambut dia"

Datang pula seorang ibu yang lain menyampuk..."A'ah...cantik"

Saya hanya diam dan menyambung melayan Aqilah yang mahu naik buai...

Berkenaan mewarna rambut ini pada pengetahuan saya memang haram dalam hukum Islam jika pewarna tersebut tidak dapat diserap air atau orang Terengganu kata tidak lalu air. Tetapi saya sebenarnya agak keliru juga semasa 2-3 tahun lalu, heboh diperkatakan mengenai pewarna rambut yang halal. Siap ada ustaz yang memberi penerangan di kaca TV mengenai pewarna rambut yang halal ini.

Bila tengok ada kenkawan yang warnakan rambut, nampak cantik, saya pernah juga meminta izin dengan suami untuk warnakan rambut, kira nak melawa depan cik abang lar...Ini jawab suami saya...

"Mungkin betul bahan yang buat pewarna rambut tu halal tapi betul ke ia boleh serap air...Kalau tak serap air dah haram hukumnya...Lagipun nanti kalau balik kampung apa pula kata emak dan abah...Nampak macam tak senonoh pulak menantu dia yang sorang ini"

Saya mengiyakan kata suami saya dan membatalkan hasrat saya itu...Tetapi sampai hari ini saya tidak pasti samada pewarna rambut yang di war-warkan halal itu serap air atau tidak...Mungkin ini kena tanya pendapat K"Ina aka Ummuhusna...

Anatomi rambut...(maklumat ini diadapt daripada WedMD, tetapi diolah mengikut ayat saya di dalam bahasa Melayu)

Rambut adalah sejenis fiber. Ianya dilindungi oleh cuticle bahagian luar. Rambut ada tiga lapisan, medulla, cortex dan cuticle. Cuticle melindungi bahagian medulla dan cortex dari rosak.
Setiap rambut akan memanjang 1/4 inci setiap bulan sehingga enam tahun. Selain daripada itu , di dalam kitaran semulajadi juga, rambut akan gugur dan rambut baru akan terhasil.

Jika follicles rambut menjadi tidak aktif, rambut tidak akan tumbuh menyebabkan seseorang boleh menjadi botak.

Kitaran rambut walaubagaimanapun bergantung kepada banyak perkara. Salah satu daripadanya adalah hair styling.

The more you style, the more you change the natural makeup of your hair. And although the amount and intensity of styling a person's hair can take depends on genetics, the texture of your hair, and coarseness, less is always more when it comes to hair health.

Jika cuticle rambut rosak akibat overstyling, bahagian dalam akan terdedah, maka ini akan menyebabkan kekeringan....

Antara penyebab kerosakan rambut

1. Perms
Perms merujuk kepada kerintingkan rambut bagi mereka yang berambut lurus atau meluruskan rambut bagi mereka yang berambut kerinting. Cara ini akan memecahkan bahagian dalaman rambut.
Mengikut hukum Islam: Haram bagi mereka yang mengubah kejadian asal.

2. Mewarna rambut
Ia juga merubah bahagian dalaman rambut terutama jika selalu mewarnakan rambut untuk menutup rambut uban.
Hukum Islam: Haram bagi mereka yang mewarnakan rambut uban kepada warna hitam.

3. Flat-iron dan blow-drying
Haba akan mengubah hydrogen bonds yang mengikat rambut. Dalam jangka masa panjang akan menyebabkan kemusnahan kekal jika iron atau blow dry dilakukan setiap hari.


Kesimpulan...

Betapa lengkapnya Islam...Islam melarang melakukan perkara-perkara yang dinyatakan di atas dan ternyata ianya tidak sihat untuk rambut. Kajian sains membuktikan segala-galanya adalah benar belaka...Ini akan membuka hidayah untuk mereka yang berfikir dengan melihat kejadian Allah...Wallahua'alam...


Itu sahaja buat kali ini.

Semoga jumpa lagi...Insya-Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...